Di ruangan ini, akan dicatatkan serba sedikit riwayat hidup al-Habib
Umar bin Abdul Rahman al-Attas, seorang ulama dan wali besar di negeri
Hadhramaut, yang merupakan pengasas ratib al-Attas.
Nasab al-Habib Umar bin Abdul Rahman al-Attas
Nama
beliau adalah Umar bin Abdurrahman bin Agil bin Salim bin Ubaidullah
bin Abdurrahman bin Abdullah bin Syeikh al Ghauts Abdurrahman as-Seggaf
bin Muhammad Maulah Dawilah bin Ali bin Alawi al Ghoyur bin Sayyidina al
Faqih al Muqaddam Muhammad bin Ali binl Imam Muhammad Shahib Mirbath
bin Ali bin Alwi bin Muhammad bin Alwi bin Ubaidullah bin Imam al
Muhajir Ahmad bin Isa bin Muhammad an Naqib binl Imam Ali al Uraidhi bin
Jaafar as Shadiq binl Imam Muhammad al Baqir binl Imam Ali Zainal
Abidin binl Imam Hussein as Sibith binl Imam Ali bin Abi Thalib dan binl
Batul Fatimah az-Zahra binti Rasullullah S.A.W.
Asal dinamakan ‘Al Attas’
Kata al-Faqih Abdullah bin Umar Ba’ubad:
“Beliau
dinamakan al-Attas yang bermaksud bersin, kerana beliau pernah bersin
ketika masih berada di dalam perut ibunya”. Kata al- Habib Ali bin
Hassan al-Attas: “Sebenarnya apa yang diucapkan oleh Syeikh al-Faqih
Abdullah bin Umar Ba’ubad adalah benar, hanya saja menurut khabar yang
paling benar dikatakan bahawa pertama kali bersin ketika masih berada di
perut ibunya adalah Habib Aqil yang terkenal hanya Habib Umar bin
Abdurrahman al-Attas, sehingga berita itu hanya dikenal pada diri beliau
dan anak beliau dan anak cucu Aqil dan Abdullah, saudara beliau.
Sedangkan anak cucu Sayyidina Aqil bin Salim yang lain dikenal dengan
nama keluarga Aqil bin Salim”.
Berkata al-Habib Ali bin Hassan:
“Tidak henti-hentinya didengar dari mereka suara bersin di perut-perut
sebahagian ibu waktu demi waktu, sebagaimana yang diberitahukan oleh
isteriku, seorang wanita solehah. Syeikha binti Sahal bin Abi Bakar bin
Syaiban bin Ahmad bin Ishaq, katanya: “Pada suatu hari sewaktu aku duduk
bersama Sharifah Fatimah bin Habib Muhammad Basurah Ba’alawi, waktu itu
aku sedang mengandung puteramu yang bernama al Hasan yang pertama, aku
terdengar ia bersin ketika ia masih di dalam perutku, aku dan Sharifah
Fatimah mendengar suara bersin itu dengan jelas, dan ia dilahirkan pada
waktu 1147 H, tetapi ia wafat waktu masih kecil”.
Al Habib Ali
bin Hussain al-Attas menyebutkan di dalam kitabnya Ta’jul A’raas juz
pertama halaman 40. bahawa di Mekah pernah didengar suara bersin ddari
anak yang masih di dalam perut ibunya, tentunya kejadian itu termasuk
kejadian karamah yang diakui oleh kalangan Ahlu Sunnah, sebagaimana yang
disebutkan di dalam kitab-kitab Tauhid dan Aqoid mereka beserta
dalil-dalilnya yang terkenal yang bersumber dari al-Quran dan as-Sunnah.
Imam
Nawawi pernah menyebutkan di dalam kitabnya Riyaadhus Shalihin di dalam
bab al-Karamat. Disebutkan dalam kitab itu sebuah hadith yang
memberitakan kisah seorang rahib yaang bernama Juraij, yang kerananya
Allah menakdirkan seorang bayi bercakap-cakap untuk memberikan kesaksian
tentang diri Juraij, tentunya bersin ketika seorang bayi masih di dalam
kandungan ibunya tidak berbeza jauh dengan seorang bayi yang bisa
bercakap-cakap setelah ia lahir, kejadian-kejadian semacam ini tidak
sulit bagi Allah sebab Allah Maha Kuasa untuk mentakdirkan apa saja yang
Dia kehendaki.
Kelahiran dan tempat diasuhnya al-Habib Umar bin Abdul Rahman al-Attas
Beliau
dilahirkan di desa Lisk dekat dengan desa Ainat, di bahagian bawah
negeri Hadhramaut, di akhir abad ke-10, tepatnya pada tahun 229H. Sejak
kecilnya beliau diasuh dan dididik oleh ayah beliau sendiri, al-Habib
Abdul Rahman bin Aqil. Meskipun mata beliau buta sejak kecil, tetapi
Allah memberinya kecerdasan otak dan pandangan hati ( Bashirah ),
sehingga beliau mudah menghafal apa saja yang pernah didengarnya.
Ayah
beliau, al-Habib Abdul Rahman bin Aqil pernah berkata pada Syeikh
Abdurrahman bin Aqil al-Junied Bawazir yang dikenal dengan panggilan
al-Mu’allim: “Hendaknya anda lebih banyak memberikan perhatian kepada
Umar, kerana kedua matanya tidak dapat melihat”. Jawab Syeikh
Abdurrahman: “Meskipun kedua mata Umar tidak dapat melihat, tetapi
pandangan Bashirahnya dapat melihat, disebabkan hatinya bersinar”.
Sejak
kecil beliau anak yang tekun beribadah, hidup zuhud berpaling dari
dunia dan sejak kecil sudah terlihat tanda-tanda kebesaran pada diri
beliau. Sejak kecil, beliau sering ke kota Tarim dari dusunnya Lisk dan
melakukan sholat dua rakaat di setiap masjid yang ada di kota Tarim,
bahkan kadang menimba air dari sumur untuk mengisi kolam-kolam masjid.
Di
masa kecilnya, beliau senantiasa dibimbing oleh ayah beliau dan
guru-guru beliau, misalnya al-Habib Hussien, al-Habib Hamid, al-Habib
Muhdhor, putra-putra Saiyidina Syeikh Abu Bakar bin Salim yang sering
dikunjungi oleh ayah beliau, iaitu al-Habib Abdul Rahman bin Aqil.
Ayahanda al-Habib Umar bin Abdul Rahman al-Attas
Al-Habib
Abdul Rahman bin Aqil adalah seorang Arif Billah, seorang ulama yang
taat menjalani hukum-hukum Allah, beliau tokoh para wali terkemuka,
beliau pernah menerima ilmu dan wilayah dari pamannya, iaitu Syeikh abu
Bakar bin Salim, pamannya yang satu ini amat cinta kepada Sayyid Abdul
Rahman dan kepada ayah beliau iaitu al-Habib Aqil. Al-Habib Aqil adalah
saudara sekandung dengan Syeikh abu Bakar bin Salim, yang mana Syeikh
Abu Bakar bin Salim ada menyebut tentang saudaranya yang satu ini:
“Apa yang ada di Wali Masyhur ( iaitu dirinya ), tidak lain hanyalah berkat Wali Mastur ( iaitu saudaranyaa yang bernama Aqil )”
Al-Habib
Abdul Rahman bin Aqil adalah seorang yang mulia, suci dan hati yang
bersih, beliau sering mengunjungi Wadi Amed dan Wadi Kaser, penduduk
kawasan-kawasan itu senantiasa menghormatinya, mengagungkannya dan
memohon barakah beliau. Beliau mempunyai pelbagai karomah, di antaranya
adalah pada suatu hari beliau berkunjung di suatu desa yang ada di Wadi
Amed. Ketika itu hujan turun lebat sehingga beliau berkata kepada
untanya: “Pergilah engkau dan carilah sebuah tempat berteduh dan akupun
akan berbuat yang sama dan besok kita bertemu di desa Qaran bin Adwan”.
Keesokan harinya ketika beliau tiba di desa Qaran, maka beliiau tidak
mendapati untanya, sehingga beliau bertanya kepada pembantunya: “Ke
manakah perginya unta?” Tetapi sang pembantu tidak dapat menemukannya.
Pada keesokan paginya, unta itu datang lengkap dengan barang-barangnya.
Ketika
al-Habib Abdul Rahman wafat di kota Huraidhah, maka al-habib Umar
menyuruh pembantunya untuk membantu pencari tanah yang cocok untuk
dijadikan sebagai kuburan ayahnya, akhirnya sang pembantu mendapatkan
sebidang tanah yang ditandai dengan sebuah tiang dari cahaya, akhirnya
al-Habib Abdul Rahman dimakamkan di temppat tersebut. Biasanya jika
al-Habib Umar berziaraah ke makam ayahnya, maka beliau bercakap-cakap
dengan ayah beliau dari balik kubur.
Al-Habib Abdul Rahman bin
Aqil bernikah dengan dua orang wanita, iaitu Syarifah Muznah binti
Muhammad bin Ahmad bin Alawi al-Jufri. Syarifah ini adalah bondaa bagi
al-Habib Umar dan saudara-saudara sekandungnya, iaitu al-Habib Abdullah
dan al-Hababah Alawiyah. Selanjutnya beliau bernikah dengan seorang
wanita ddarri Yemen dari keluarga al-Bathouq salah satu dari kabilah
Bani Ahmad iaitu Arobiyah binti Yamani Bathouq. Isteri beliau yang kedua
ini melahirkan beberapa orang anak di antaranya Aqil, Sholeh, Musyayakh
dan Maryam.
Pada umumnya beliau berdomisili di Lisk, tetapi
beliau sering berkunjung ke Ainat, Tarim, Wadi Amed, al-Qaser dan Do’an.
Akhirnya beliau ditakdirkan ppindah di Huraidzah beberapa saat sebelum
beliau wafat iaitu bertepatan ketika al-Habib Umar telah mendapat
petunjuk dari kedua guru beliau iaitu al-Habib Hussein adn al-Habib
Hamid putra Syeikh Abu Bakar bin Salim untuk pindah ke Huraidzah. Di
desa Huraidzah inilah beliau wafat.
Bonda al-Habib Umar bin Abdul Rahman al-Attas
Bonda
beliau berrnama Syarifah Muznah binti Muhammad bin Alawi al-Jufri.
Bonda beliau termasuk seorang yang shalih. Dikisahkan bahawa putra
Syarifah Muznah meninggal dunia dalam usia kecil, ia bernama Ahmad.
Setelah beberapa hari dari saat kematiannya, maka ada seekor burung
kecil berwarna hijau yang sering datang mengunjungi Syarifah Muznah ini,
sampai beliau berkata. “Jika engkau adalah ruh putraku yang telah
wafat, amak ddatanglah ke tanganku”. Setelah Syarifah Muznah
menghulurkan tangannya, maka burung kecil itu hinggap ke tangannya dan
menciumnya, kemudian beliau melepaskannya kembali, sehingga burung itu
terbang dari tangan beliau.
Saudara al-Habib Umar bin Abdul Rahman al-Attas
Beliau
mempunyai empat orang saudara lelaki dan dua perempuan. Adapun yang
sekandung dengan beliau adalah Abdullah dan Alawiyah, sedangkan Sholeh,
Aqil, Musyayakh dan Maryam saudara dari ayah, ibu mereka seorang wanita
Yemen dari keluarga Bathouq dari kabilah Bani Ahmad.
Adapun
saudaara beliau iaitu al-Habib Abdullah bin Abdul Rahman termasuk
seorang tokoh wali yang terkenal, ia pernah melakukan pelbagai latihan
riadah dan mujahadah. Dan pergi berdakwah ke gunung Al Yafi’ tempat Bani
Yafi’, setelah mendapat izin dari gurunya yang bernama al-Habib Hussein
bin Abu Bakar bin Salim dengan disertai oleh pembantunya yang bernama
Ali bin Ahmad Harharah Al Yafi’i.
Beliau menetap di desa
Ma’zubah, sempat menikah di desa itu dan mempunyai anak cucu. Makam
beliau dan anak-anaknya di desa itu banyak diziarahi orang dari berbagai
tempat yaang jauh. Mereka diberi berbagai karomah yang tidak sedikit
jumlahnya, menurut al-Habib Ali bin Hassan al-Attas, anak cucu beliau,
ada seratus orang lebih yang sempat dihitung di waktu Habib Ali masih
hidup.
Saudara Habib Umar yang bernama al-Habib Aqil dikenal
sebagai seorang ulama yang selalu mengamalkan ilmunya. Al-Habib Aqil ini
pernah berguru dari Syeikh Muhammad biin Umar al-Afif di desa
al-Hajrain, hingga banyak orang yang menimba ilmu dari beliau setelah
beliau kembali ke Huraidzah. Setiap harinya al-Habib Umar menyempatkan
diri untuk menghadiri Majlis Ta’lim al-Habib Aqil setiap kali setelah
beliau kembali dari makam ayahnya.
Al-Habib Aqil wafat di kala
Habib Umar masih hidup. Beliau meninggalkan beberapa putra dan putri.
Setelah ayahnya wafat, maka Habib Umar mengasuh mereka dengan
sebaik-baik asuhan. Setelah putra-putra Habib Aqil dewasa, maka al-Habib
Umar mengawinkan dengan putri-putri beliau.
Adapun Musyayakh
termasuk seorang yang sholeh, beliau wafat di masa hidup al-Habib Umar,
beliau meninggalkan seorang putri. Adapun Sholeh, ia mempunyai seorang
putra bernama Hussein. Adapun saudaranya iaitu Maryam, telah menikah
dengan Habib Syeikh bin Abdillah al-Musawa, dan mempunyai beberapa
oraang putra.
Pindahnya al-Habib Umar ke kota Huraidhah
Al-Habib
Hussein bin Abu Bakar bin Salim sering berkata: “Wahai keluarga Ba’alwi
Huraidzah?” Maka dikatakan kepada beliau bahawa tidak seorang pun dari
keluarga Ba’alwi yang ada di desa itu, maka ia berkata: “Kelak di desa
itu akan didatangi keluarga Ba’alwi, wajah-wajah mereka bagaikan bulan,
dan akan memberikan manfaat kepada orang banyak.”
Ketika al-Habib
Umar mencapai usia akil baligh, maka guru beliau yang bernama al-Habib
Hussein bin Syeikh Abu Bakar bin Salim menyuruh beliau untuk berdakwah
ke desa al-Huraidzah. Demikian pula guru beliau yang bernama al-Habib
Hamid bin Syeikh Abu Bakar juga menyuruh beliau untuk segera berdakwah
di desa al-Huraidzah. Maka dengan bekal perintah dari kedua guru beliau,
al-Habib Umar segera berdakwah ke Huraidzah.
Al-Habib Ali bin
Hussain al-Attas menyebut di dalam kitab Taajul A’raas juz 2 halaman 111
bahawa pada mulanya al-Habib Umar sering pulang pergi ke Huraidzah.
Akhirnya beliau menetap di sana pada tahun 1040 H.
Ketika
al-Habib Umar tiba di Huraidzah untuk pertama kalinya, beliau diminta
oleh Syeikh Najjaad Adz Dzibyani untuk menetap di rumahnya, dia sangat
menghormati beliau dan mengatakan: “Ini rumah-rumahmu” Sehingga Syeikh
Najjaad mendapat barakah yang luar biasa dari beliau.
Di desa itu
ada seorang wanita yang bernama Sholahah, ia bernazar untuk memberikan
hartanya dan bagian dari rumahnya kepada Habib Umar, kemudian al-Habib
Umar meminangnya sebagai imbalan atas kebajikannya itu.
Selanjutnya,
sebelum al-Habib Umar menetap di desa al-Huraidzah, maka beliau kembali
ke desa Lisk lebih dahulu untuk mengajak ayahnya ddan
saudara-saudaranya untuk pindah ke Huraidzah. Pada mulanya ajakan
al-Habib Umar untuk pindah ke desa Huraidzah ditolak ayah beliau, tetapi
setelah keduanya minta pendapat dari al-Habib Hamid dan al-Habib
Hussein, maka kedua guru beliau menyuruh al-Habib Abdul Rahman untuk
mengikuti minat al-Habib Umar. Keduanya mengatakan: “Wahai Abdul Rahman,
pergilah bersama Umar, dan ikuti serta pegangi pendapatnya, sekalipun
kau adalah ayahnya dan diia anakmu”. Sehingga al-Habib Abdul Rahman
berkata kepada putranya: “Wahai Umar, kalau sekarang kami mau mengikuti
pendapatmu , maka lakukanlah apa saja yang terbaik bagi kami”.
Selanjutnya seluruh keluarga al-Habib Umar segera meninggalkan Lisk
menuju ke desa al-Huraidzah. Ketika rombongan itu tiba di desa Manwab,
maka al-Habib Umarr berkata: “Hendaknya kalian melanjutkan perjalanan
sampai ke Huraidzah, sebbab aku hendak singgah dulu di tempat isteriku
yang ada di desa ini”. Maka rombongan itu meneruskan perjalanannya ke
desa al-Huraidzah, sedangakan al-Habib Umar singgah dan menetap di desa
Manwab selama satu minggu.
Al-Habib Abdul Rahman, ayah al-Habib
Umar mulai merasa sakit setibanya beliau di desa Huraidzah, dan kerana
sakit setibanya beliau, maka beliau takut kalau ajalnya tiba, sedangkan
Habib Umar tidak ada di sisi beliau, kerana itu ketika al-Habib Umar
tiba, maka beliau menegur al-Habib Umar, tetapi al-Habib Umar mengajukan
alasannya dan mohon maaf sebesar-besarnya atas keterlambatannya itu,
sehingga ayahnya mau memaafkannya.
Dan sakitnya yang menyebabkan
ajalnya tiba itu, al-Habib Abdul Rahman merasa takut kalau al-Habib Umar
tidak memperhatikan saudara-saudaranya yang masih kecil dari ibu lain,
sebab beliau tahu ibu tirinya al-Habib Umar tidak sayang padanya
sebagaimana umumnya kaum wanita. Di saat ayahnya risaukan hal itu, maka
al-Habib Umar yang mengetahuinya secara Khasaf, maka beliau mendekati
ayahnya dan beliau berkata: “Wahai ayahku, tenanglah jangan engkau
fikirkan tentang keluargamu, aku Insya-Allah akan menyayangi
saudara-saudaraku lebih dari menyayangi diriku sendiri”. Maka hati
al-Habib Abdul Rahman menjadi gembira dan beliau mendoakan kebajikan
baggi Habib Umar, apalagi di saat itu, beliau sedang menyaksikan alam
akhirat, tentu doa seorang ayah yang sholeh bagi anaknya yang sholeh
pula, akan sama dengan doa seorang Nabi buat umatnya, apalagi al-Habib
Abdul Rahman waktu itu sedang sakit, Rasulullah pernah bersabda: “Jika
kalian mengunjungi orang yang sedang sakit, maka mintalah doa bagi
kalian”. Al-Habib Umar memenuhi janjinya kepada ayahnya dan beliau
sangat memperhatikan kebutuhan saudara-saudaranya, terutama dari segi
pendidikan dan pemeliharaannya.
Wafatnya ayahanda al-Habib Umar
Beliau
wafat setelah delapan hari tiba di desa al-Huraidzah. Al-Habib Umar
sibuk mempersiapkan perawatan jenazah ayah beliau, kemudian beliau
menyuruh pembantunya Mahmud an-Najar untuk memilih kubur bagi ayahnya.
Ketika Mahmud masuk di perkuburan al-Huraidzah, maka ia dapatkan ada
sebuah tanah yang disinari seberkas cahaya langit, maka di tempat itulah
al-Habib Abdul Rahman dikuburkan.
Al-Habib Umar rajin berziarah
ke makam ayahnya, bahkan tidak seharipun beliau pernah melupakannya.
Pada suatu hari al-Habib Umar berkata: “Ketika aku tidak berziarah ke
makam ayahku selama beberapa hari, maka aku lihat ayahku dalam mimpiku
amat murka kepadaku kerana aku tidak menziarahi beliau selama beberapa
hari, aku lihat jasad beliau menjadi besar, sehingga aku sulit untuk
berjabat tangan dengan beliau dikeranakan tingginya jasad beliau”.
Hubungan erat antara al-Habib Umar dengan Syeikh Abdullah bin Ahmad al-Afif
Dulu
sebelum al-Habib Umar tiba di desa al-Huraidzah, maka penduduknya
sangat berkeyakinan kepada kewalian para sesepuh al-Masyaikh dari
keluarga al-Afif. Pada suatu hari, penduduknya minta kepada Syeikh
Abdullah bin Ahmad al-Afif, seorang wali dan sholeh yang terkemuka,
untuk memohonkan air hujan bagi penduduk desa Huraidzah. Kemudian mereka
keluar menuju ke suatu kubur wali, kebetulan pada saat itu al-Habib
Umar masih baru di desa itu dan masih belum dikenal orang, sehingga
penduduknya tidak memberitahu kepada beliau untuk berdoa bersama dengan
mereka dan merekapun tidak memberitahu kepada Syeikh Abdullah al-Afif
tersebut tentang keberadaan al-Habib Umar, sampai setelah mereka
melakukan doa bersama untuk memohon air hujan, lalu terdapat pembicaraan
sekitar keberadaan al-Habib Umar, maka Syeikh Abdullah berkata kepada
mereka: “Mengapa kalian tidak memberitahukan aku tentang keberadaan
al-Habib Umar, mungkin doa kalian tidak akan diterima dan air hujan
tidak akan turun”. Kemudian Syeikh Abdullah segera meninggalkan tempat
itu, kemudian mendatangi Habib Umar untuk mohon maaf. Kata al-Habib
Umar: “Wahai Syeikh Abdullah, desa ini adalah desa kalian dan aku di
desa ini hanya orang asing yang baru datang”. Kata Syeikh Abdullah:
“Bukan demikian wahai tuanku, bahkan desa ini adalah milikmu dan aku
tidak mempunyai hak apapun setelah tuan ada di sini”.
Al-Habib
Isa bin Muhammad al-Habsyi berkata: “Memang, al-Habib Umar mempunyai
hubungan yang erat dengan Syeikh Abdullah bin Ahmad al-Afif. Dan Syeikh
Abdullah pernah berkata kepada beliau: “Memang, Huraidzah adalah desa
kami, akan tetapi kami serahkan kepada kamu”. Disebutkan bahawa Syeikh
Abdullah pernah minta pakaian (Libas) dari al-Habib Umar, maka kata
beliau: “Besarnya rasa cintamu, hal itu sudah cukup”.
Dalam juz
kedua di dalam buku Taajul A’raas disebutkan, bahwa al-Habib Ahmad binl
Hassan al-Attas pernah menyebutkan tentang kisah Syeikh Abdullah bin
Ahmad al-Afif: “Di desa Huraidzah, Syeikh Abdullah al-Afif mempunyai
sebuah kebun kurma, ketika al-Habib Umar tiba di desa itu, maka Syeikh
Abdullah bernazar untuk memberikan kebun kurma itu kepada al-Habib Umar.
Ketika hal itu diutarakan kepada al-Habib Umar, maka beliau berkata
kepada penduduk Huraidzah: “Wahai penduduk, bagaimanakah pendapat kalian
tentang nazar Syeikh Abdullah?” Jawab penduduk Huraidzah: “Menurut
kami, nazar Syeikh Abdullah adalah benar”. Jawab Habib Umar: “Kalau
begitu, tanah ini aku terima tetapi aku hadiahkan kembali bagi kalian
semua sebagai nazar dari aku, maka terimalah tanah itu dari aku”. Ada
seorang di antara mereka yang berkata kepada beliau: “Mengapakah engkau
tidak memberikannya kepada keluargamu?” Kata al-Habib Umar: “Kelak anak
cucuku akan memiliki desa ini semuanya”.
Guru-guru al-Habib Umar al-Attas
Beliau
berguru dari orang-orang yang pernah berguru dari Sayyidina Syeikh Abu
Bakar bin Salim, terutama dari putra-putranya, iaitu al-Habib Muhdhor
bin Syeikh Abu Bakar, al-Habib Hussein bin Syeikh Abu Bakar dan al-Habib
Hamid bin Syeikh Abu Bakar.
Al-Habib Umar juga pernah berguru
dari Habib Muhammad bin Abdurrahman al-Hadi, dari Sayyid Umar bin Isa
Barakwah as-Samarkandi al-Maghribi yang dimakamkan di desa al-Ghurfah.
Demikian pula al-Habib Umar sering mengunjungi Syeikh al-Kabir Ahmad bin
Shahal bin Ishaq al-Hainani. Selain itu, beliau sangat erat hubungannya
dan selalu mengunjungi Habib Abu Bakar bin Abdurrahman bin Syihab dan
Syeikh Abdullah bin Ahmad al-Afif dan Syeikh Ahmad bin Abdul Kadir
Ba’syin, Shahib Rubath. Beliau pun sering mengunjungi Habib Abu Bakar
bin Muhammad Balfaqih, Shahib Qaidun. Selain itu, beliau gemar
mengunjungi orang-orang soleh dari Ahlul Bait maupun dari keluarga
al-Masyaikh dan orang-orang yang soleh.
Al-Habib Umar sangat
mengagungkan dan menghormati guru beliau yang bernama al-Habib Hussein
bin Syeikh Abu Bakar bin Salim. sampaipun, bila al-Habib Umar mendengar
nama gurunya yang satu ini disebut orang, maka wajah beliau berubah
kerana mengagungkan gurunya yang satu ini, bahkan adakalanya al-Habib
Umar bercakap-cakap dengan al-Habib Hussein bin Syeikh Abu Bakar di
tengah satu majlis, sedangkan ucapan keduanya tidak dapat dimengertikan
orang lain. Syeikh Ali bin Abdillah Baraas berkata: “Al-Habib Umar
berkata, pada suatu hari aku mendatangi al-Habib Hussein bin Syeikh Abu
Bakar bin Salim dengan maksud untuk mudzakarah tentang tariqah Tasawwuf,
kebetulan ketika itu al-Habib Hussein sedang berada di tengah anggota
majlis ta’alimnya. Kemudian beliau berkata: “Wahai Umar, seseorang yang
tidak mengerti suati isyarat, maka ia tidak akan dapat mengambil manfaat
dari ibarat yang terang dan siapa yang menjelaskan kata-kata yang sudah
jelas dengan kata-kata yang lebih jelas, ada kalanya dapat menambah
pendengarannya makin bertambah bingung”. Selanjutnya al-Habib Umar
berkata: “Timbul rasa takut di hatiku bahwa tutur kata guruku setela
kata-kata itu sengaja ditujukan bagiku”.
Al-Habib Hussein bin
Syeikh Abu Bakar bin Salim sangat menghormati al-Habib Umar, bahkan
beliau lebih mengunggulkan al-Habib Umar dari saudara-saudaranya dan
kawan-kawannya. Al-Habib Hussein tidak pernah berdiri untuk menghormati
orang, seperti halnya untuk al-Habib Umar, hal itu tidak lain
dikarenakan tingginya kedudukan Habib Umar.
Pada suatu hari
al-Habib Umar bersama sekelompok para tokoh Alawiyin datang ke tempat
al-Habib Hussein bin Syeikh Abu Bakar bin Salim, pada waktu itu al-Habib
Umar merupakan satu-satunya orang yang paling merendahkan diri dan
memakai pakaian ang paling sederhana, ditambah lagi kedua matanya tidak
dapat melihat. Ketika al-Habib Hussein melihat al-Habib Umar berada di
paling belakang rombongan itu, maka al-Habib Hussein berubah wajahnya,
kemudian beliau berkata kepada orang-orang yang terkemuka dari rombongan
itu: “Sesungguhnya kalian hanya lebih mengutamakan penampilan lahiriah,
dan kalian tidak mau memuliakan orang yang paling mulia menurut
kedudukan yang sepantasnya, andakata kalian tahu kemuliaan lelaki ini,
iaitu al-Habib Umar, pasti kedudukan kalian tidak ada artinya,
leher-leher kalian akan menunuduk dan ruh serta jasad kalian akan rindu
kepadanya”. Kemudian beliau menyebutkan keutamaan-keutamaan al-Habib
Umar yang menyebabkan mereka berasa betapa kecilnya dirinya
masing-masing”.
Silsilah isnad al-Habib Umar dalam menerima hirqah
Al-Habib
Umar menerima selendang hirqah dari al-Habib Hussein bin Syeikh Abu
Bakar bin Salim, sedangkan beliau menerimanya dari saudaranya iaitu
Syeikh Umar al-Muhdhor, beliau menerimana dari ayah beliau, iaitu Syeikh
Abu Bakar bin Salim, Shahib Ainat, beliau menerimanya dari Syeikh
Syihabudin Ahmad bin Abdurrahman, beliau menerimanya dari ayah beliau,
Syeikh Abdurrahman bin Ali, beliau menerimanya dari ayahnya, Syeikh Ali
bin Abu Bakar, beliau menerimanya dari ayahnya, Syeikh Abu Bakar Sakran,
beliau menerimanya dari ayahnya, Syeikh al-Kabir Abdurrahman as-Seggaf,
beliau menerimanya dari ayahnya, iaitu Syeikh Muhammad Mauladawilah,
beliau menerimanya dai ayahnya, Syeikh Ali bin Alawi, beliau menerimanya
dari ayahnya, Syeikh Alwi bin Faqih al-Muqaddam, beliau menerimanya
dari ayahnya, al-Ustadzul A’dzam al-Faqih al-Muqaddam Sayyidina Muhammad
bin Ali Ba’alawi.
Adapun sumber penisbatan al-Hirqah dan
silsilah isnad bagi Syeikh al-Faqih al-Muqaddam berasal dua jalur, salah
satu dari jalur ayah-ayah beliau iaitu beliau dididik dan menerimanya
dari ayah beliau, Ali bin Muhammad dan dari paman beliau, Alawi bin
Muhammad, keduanya menerima dari ayahnya Muahmmad Syahib Mirbath, beliau
menerimanya dari ayahnya, Ali Khali’ Qasam, beliau menerimanya dari
ayahnya, Alawi Shahib Samal, beliau menerimanya dari ayahnya,
Ubaidillah, beliau menerimanya dari ayahnya, al-Imam Muhajir Ahmad bin
Isa, beliau menerimanya dari ayahnya, Isa an-Naqib, beliau menerimanya
dari ayahnya, Muhammad, beliau menerimanya dari ayahnya, Ali al-Uraidhi,
beliau menerimanya dari ayahnya, al-Imam Ja’far as-Shoddiq, beliau
menerimanya dari ayahnya, al-Imam Muhammad al-Baqir, beliau menerimanya
dari ayahnya, Ali Zainal Abidin, beliau menerimanya dari ayahnya,
al-Imam al-Hussein dan dari pamannya al-Imam al-Hassan, keduanya
menerima dari kakeknya Nabi Muhammad SAW, juga dari ayahnya al-Imam Ali
bin Abi Thalib sedangkan Nabi SAW menerimanya dari Allah seperti yang
beliau katakan:
“Aku dididik oleh Tuhanku dan ia mendidikku dengan sebaik-baik didikan”.
Adapun
jalur kedua yang diterima oleh Sayyidina al-Faqih al-Muqaddam Thoriqoh
Syuai’biyah iaitu lewat Syeikh Syu’aib Abu Madyan al-Maghribi dengan
perantaraan Abdurrahman al-Muq’ad dan Abdullah as-Shaleh. Sedangkan
Syeikh Syu’aib Abu Madyan menerimanya dari Syeikh Abu Ya’izza
al-Maghrabi, beliau menerimanya dari Syeikh Abul Hasan bin Herzihim atau
yang dikenal dengan nama Abu Harazim, beliau menerimanya dari Syeikh
Abu Bakar bin Muhammad bin Abdillah binl Arabi dan al-Ghadi
al-Mughafiri. Sedangkan binl al-Arabi menerimanya dari Syeikh Imam
Hujjatul Islam al-Ghozali, beliau menerimanya dari gurunya, iaitu Imam
al-Haramain Abdul Malik bin Syeikh Abu Muhammad al-Juaini, beliau
menerimanya dari ayahnya, Abu Muhammad bin Abdullah bin Yusuf, beliau
menerimanya dari Syeikh Abu Thalib al-Makki, beliau menerimanya dari
Syeikh Syibli, beliau menerimanya dari Syeikh al-Junaid, beliau
menerimanya dari pamannya, iaitu as-Sirri as-Siqthi, beliau menerimanya
dari Syeikh Ma’ruf al-Karkhi, beliau menerimanya dari gurunya, Syeikh
Daud at-Tho’i, beliau menerimanya dari Syeikh Habib al-’Ajmi, beliau
menerimanya dari Imam Hasan al-Basri, beliau menerimanya dai Imam Ali
bin Abi Thalib, beliau menerimanya dari Rasulullah SAW, beliau
menerimanya dari malaikat Jibril, dan beliau menerimanya dari Allah
Ta’ala.
Sanad penerimaan kalimat talqin bagi al-Habib Umar
Al-Habib
Umar menerimanya talqin kalimat Laa Ilaaha Illallah Muhammadar
Rasulullah SAW dari Syeikh al-Arif Billah Assyarif Umar bin Isa Barakwah
as-Samarqandi al-Maghrabi.
Syeikh Ahmad bin Abdul Qadir Ba’syin
Shahib Rubath berkata: “Syeikh Umar Barakwah menuturkan kepada kita
bahawa talqin dzikirnya cabangnya sampai kepada Syeikh Abdul Qadir
al-Jailani, sedangkan Syeikh al-Qadir al-Jailani menerima talqin dzikir
dari empat ratus orang guru dan guru-guru beliau sanadnya bersambung
sampai dengan Sayyidina Hussein bin Ali bin Abi Thalib, semua ahli
talqin dzikir bersambung dengan Rasulullah SAW. Keadaannya sama dengan
mata rantai yang terjalin erat antara yang satu dengan yang lainnya,
sehingga jika mata rantai yang ada paling bawah digerakkan, maka mata
rantai yang ada di paling ataspun akan bergerak, demikian pula
sebaliknya. Hal itu adalah disebabkan eratnya keterkaitan antara yang
satu dengan yang lainnya, sama halnya dengan keterkaitan nasab Ahlul
Bait, satu sama lainnya saling terkait erat. Segala puji bagi Allah yang
menjadikan mereka suri tauladan yang baik bagi kami dan keterkaitan
kamipun dengan mereka masih erat”.
Al-Hakim meriwayatkan dari Saddad bin Aus, ia berkata: “Ketika kami berada di sisi Nabi SAW, maka beliau bersabda:
“Angkatlah
tangan-tangan kalian dan ucapkanlah “Lailaha Illallaah”. Setelah kami
melakukannya, maka Rasulullah SAW bersabda: “Ya Allah, sesungguhnya
Engkau mengutus aku untuk menyampaikan dan mengikrarkan kalimat Tauhid
ini dan Engkau akan memberi Syurga kepada seorang yang mengucapkannya
dan Engkau tidak akan memungkiri janji. Selanjutnya beliau bersabda:
“Bergembiralah kalian sebab Allah telah memberi ampun kepada kalian”.
Budi pekerti al-Habib Umar al-Attas
Al-Habib
Umar al-Attas dikenal sebagai seorang Alim, Amil, Quthub, Ghauts,
seorang tokoh sufi, suci, suka memenuhi janji, Murabbi, Rabbani, Da’i,
suka mengajak orang ke jalan Allah dengan pandangan yang bersih dan budi
pekerti yang luhur, beliau himpun ilmu lahir dan batin. Beliau dikenal
sebagai pelindung kaum fakir dan kaum janda serta anak-anak yatim.
Beliau senantiasa menyambut dan menggembirakan orang-orang fakir, mereka
dimuliakan dan didudukkan pada tempat yang mulia, sehingga mereka
sangat mencintai beliau. Beliau dikenal baik oleh kalangan luas banyak
sekali beristiqad dengan beliau, dan mempunyai kedudukan yang sangat
tinggi, beliau amat tawadhu’ dan merendahkan dirinya kerana merasa
diawasi oleh Allah. Beliau selalu menyuruh orang untuk bersabar,
khususnya jika cobaan dan bencana sedang menimpa. Beliau sangat bersabar
untuk menjalankan aktiviti ibadat.
Beliau al-Habib Umar tidak
pernah tidur pada bagian separuh terakhir di malam hari, beliau pernah
menghabiskan waktu malamnya untuk mengulang-ulang bacaan doa Qunut.
Beliau
suka menyantuni orang-orang fakir dan para wanita yang tidak mampu.
Beliau amat sabar dalam menghadapi pelbagai krisis, beliau tidak pernah
menyombongkan diri kepada seorangpun, beliau mau duduk di tempat mana
saja tanpa membezakan tempat yang baik atau jelek dan beliau tidak
pernah menempatkan dirinya di tempat yang lebih tinggi atau tempat yang
menonjol, kalau beliau meninggalkan majlisnya kerana ada hajat, maka
ketika beliau kembali ke tempat duduknya dan beliau mendapati tempat
duduknya telah diduduki orang lain, maka beliau akan mencari tempat
duduk lain. Beliau tidak pernah mendekati kaum penguasa.
Beliau
senantiasa mengikut jejak perjalanan para sesepuh beliau yang terdahulu,
para tokoh Ba’alwi seperti perjalanan yang ditempuh oleh Sayidina
al-Faqih al-Muqaddam Muhammad ibnu Ali Ba’alwi, Syeikh as-Seggaf,
Alaidrus, Syeikh Abu Bakar ibnu Salim dan tokoh-tokoh lainnya. Thoriqah
mereka lebih mengutamakan menutup diri, tawadhu’, tidak menuruti hawa
nafsu, lemah lembut, tidak ingin dikenal apalagi menonjol diri, kerana
mereka merasa bahawa diri mereka tidak akan menjadi orang baik kecuali
hanya dengan anugerah dan kemurahan Allah. Sifat ini tetap diikuti oleh
anak cucu mereka, khususnya para wali yang mempunyai kedudukan, ilmu dan
gemar beramal kebajikan dan beribadah.
Pokoknya al-Habib Umar
senantiasa mengikuti jejak para sesepuhnya yang sholeh, beliau selalu
mengikuti budi pekerti yang mulia seperti budi pekerti Nabi yang pernah
disebutkan Allah dalam satu firmannya:
“Dan sesungguhnya engkau di atas budi pekerti yang agung”.
Jika
beliau meningkatkan frekuensi ibadahnya yang wajib dan sunnah, maka
beliau mengikuti apa yang disebutkan oleh Imam Ghazali di dalam Rub’ul
Ibadat di dalam kitab Ihya’. Demikian pula, jika beliau ingin mengikuti
sunnah-sunnah dan memperbaiki niat dan motivasi, maka beliau mengikuti
apa yang diterangkan oleh Imam Ghazali di dalam Rub’ul Adat di dalam
kitab Ihya’. Adapun jika beliau ingin menjauhi budi pekerti dan tindak
tanduk yang tidak baik, maka beliau mengikuti apa yang diiterangkan oleh
Imam Ghazali di dalam Rub’ul Muhlikat di dalam kitabnya Ihya’. Adapun
jika beliau ingin mengikuti akhlak yang diredhai oleh Allah, maka beliau
akan mengikuti apa yang diterangkan oleh Imam Ghazali di dalam Rub’ul
Munjiyat di dalam kitab Ihya’ dan mencari tambahan keterangan lain dari
buku-buku lain.
Beliau senantiasa bergembira dan tersenyum kepada
semua kalangan, baik terhadap anak-anak kecil mahupun orang dewasa,
sampai setiap orang merasa bahwa dirinya sebagai kaum kerabat beliau.
Beliau senantiasa menyambut dengan baik semua orang menurut kebutuhannya
masing-masing dan beliau bersabar meskipun menghadapi banyak persoalan
dari mereka, semua orang disayangi dan disantuni oleh beliau, beliau
suka berwasiat untuk menyenangkan anak-anak kecil, kata beliau: “Kalau
engkau tidak dapat menyenangkan anak kecil dengan memberi sesuatu, maka
berikan kepada mereka meskipun sebuah batu kerikil berwarna merah, agar
mereka bergembira.”.
Beliau suka mengabulkan segala permintaan
orang dan suka menanggung kesulitan orang dengan harapan agar dapat
menyenangkan keluarga orang yang ditolongnya itu. Adakalanya beliau
memaksa diri untuk mendatangi rumah-rumah mereka, sehingga ada dari
murid beliau yang mengatakan kepada beliau, bahawa beliau sudah udzur,
karena sudah lanjut usia dan hal itu cukup memberatkan tetapi beliau
menjawabnya: “Sesungguhnya kami mendatangi rumah-rumah mereka, untuk
manfa’at dan maslakhat mereka dan kami berharap dari Allah, agar setiap
rumah yang kami masuki Allah akan memberi ampun kepada penghuni rumah
tersebut”.
Jika ada dua orang datang ke majlis al-Habib Umar,
maka beliau menanya kepada keduanya, siapa di antaranya yang lebih tua,
setelah diberitahukan kepada beliau, maka beliau mempersilakan yang
lebih tua duduk di sebelah kanan beliau sedang yang lebih muda
dipersilakan duduk di sebelah kiri beliau agar beliau dapat menghormati
munurut usianya masing-masing, selanjutnya keduanya disenangkan dan
digembirakan dengan kegembiraan yang luar biasa, kemudian beliau
berbicara dengan keduanya menurut kemampuan berfikir mereka
masing-masing. Akhlak beliau yang seperti itu menyebabkan semua orang
terpesona kepada beliau dan budi pekerti beliau sering disebut orang.
Al-Habib
Umar sering mengunjungi Wadi Amed dan al-Qasar untuk mengajak
penduduknya ke jalan Allah dan untuk mempersatukan orang-orang yang
bersengketa di antara mereka. Untuk kepentingan yang satu ini, beliau
banyak mengorbankan hartanya dan tenaganya. Dan sangat bersabar kepada
mereka yang berwatak keras, beliau hampir saja tidak pernah marah,
kecuali larangan Allah diremehkan oleh seseorang, jika hal itu terjadi,
maka beliau amat marah, sampai dapat dilihat dari wajah beliau.
Al-Habib
Umar senantiasa menganjurkan manusia untuk rajin mengerjakan amal-amal
ibadah dan menghadiri solat Jum’at dan Jama’ah, beliau selalu
menganjurkan perbuatan baik dan melarang perbuatan mungkar. Beliau tidak
mau masuk ke dalam rumah yang pemiliknya suka berbuat kemungkaran dan
tidak mau menghadiri undangan mereka, samapi mereka mau berubah
kebiasaan mereka.
Al-Habib Umar sering mengunjungi Wadi Dou’an,
kebiasaan itu beliau lakukan sejak awal dan beliau tidak pernah
meninggalkan kebiasaan itu kecuali di akhir hayatnya. Beliau pernah
mengunjungi Wadi Dou’an berangkat dari al-Lisk dengan mengenderai unta
dan dengan disertai al-Faqih Ahmad ibnu Muhammad Bajamal al-Asbuhi.
Dalam satu kunjungannya ke Wadi Dou’an beliau pernah mengunjungi Syeikh
Ahmad ibnu Ali ibnu Nu’man al-Hajrain di desa Hajrain, maka Syeikh Ahmad
ikut bersama beliau menuju Qaidun untuk berziarah ke makam Syeikh Sa’id
ibnu Isa Alamudi.
Dikarenakan banyaknya berpergian dan
perjalanan yang ditempuh oleh al-Habib Umar al-Attas untuk berdakwah dan
untuk mendamaikan orang, maka beliau berkata: “Sesungguhnya aku di
dunia adalah seorang yang asing, maka tidak diwajibkan atasku melakukan
solat Jum’at di suatu desa pun. Beliau lebih suka mengenderai keledai di
sebagian besar waktunya dan di dalam perjalanannya di tengah hari yang
amat panas. Di setiap perjalanannya, beliau selalu membawa kitab
ar-Risalah karya Imam al-Qusyairi di satu tangan, sedang di tangan yang
lain memegang kitab Al ‘awarifu Al Maarif maupun kitab-kitab yang
semacamnya merupakan benteng bagi para tokoh Sufi”.
Al-Habib Umar
selalu menghabiskan waktunya untuk muzakarah segala cabang ilmu
pengetahuan, untuk keperluan yang satu ini, beliau suka menghabiskan
waktu satu malam penuh. Adakalanya tiba waktu fajar, sedangkan beliau
masih menerangkan berbagai macam hakikat ketuhanan (Hakaik) kepada
murid-murid beliau. Pokoknya tidak satu waktupun beliau lewatkan,
kecuali beliau lewatkan dengan ibadah dan menimba ilmu atau mendengar
suatu bacaan. Biasanya jika ada sekelompok orang duduk di malam hari
bersama beliau, maka beliau melayani mereka, sampai ketika mereka bubar,
maka beliau berkata kepada Syeikh Ali Baras: “Wahai Ali, apakah masih
ada orang lain selain kita?”. Jika dijawab tidak, maka beliau berkata:
“Ambilkan kitab itu, untuk kita baca bersama”.
Al-Habib Umar
tidak pernah mengkhususkan membaca atau mengajar suatu kitab tertentu.
Al-Habib Hussein bin Umar al-Attas berkata: “Pada suatu hari, aku pergi
bersama ayahku, tanganku yang satu memegang tali kendali kenderaan
beliau, sedangkan tanganku yang satu memegang sebuah kitab, sedangkan
beliau menyampaikan kepada kita berbagai cabang ilmu lewat lisan beliau,
hal itu bagaikan sebuah air yang mengalir dengan derasnya. Ketika kami
katakan kepada beliau: “Mengapa engkau tidak izinkan kami membaca atau
belajar sebuah kitab kepadamu?” Maka beliau berkata: “Terimalah sesukamu
ilmu yang sedang mengalir dari satu wadah, meskipun tanpa sebuah
kitab”. Beliau berkata kepada seorang guru: “Ajarkan anak-anakku untuk
membaca kitab karya tulis Syeikh Abu Amru”.
Al-Habib Umar sangat
peduli untuk mengajari saudara-saudaranya yang masih kecil yang
ditinggal wafat oleh ayahnya. Di muka telah kami terangkan bahawa
al-Habib Umar sangat peduli untuk mengajar dan mendidik
saudara-saudaranya yang masih kecil, terutama untuk memahami al-Quran.
Beliau menganjurkan mereka untuk gemar mencari ilmu dan menyuruh guru
saudara-saudaranya untuk memukul mereka, jika mereka tidak memperhatikan
pelajarannya. Bahkan beliau sendiri pernah memukul saudaranya dengan
tangannya sendiri, sampai ia berhasil membaca al-Quran dengan baik.
Beliau pernah mengirim saudara beliau al-Habib Aqil ke Hajrain untuk
belajar dari Syeikh Muhammad ibnu Umar al-Afif, sampai akhirnya al-Habib
Aqil mampu mengajar setelah beliau kembali ke desa Huraidzah. Setiap
hari al-Habib Umar menghadiri majlis ta’lim al-Habib Aqil sekembalinya
dari menziarahi kubur ayahnya.
Ketika al-Faqih Syeikh Abdul Kabir
ibnu Abdul Kabir Baqais mengunjungi beliau yang ketika itu beliau masih
dalam usia belajar, maka beliau berkata: “Hai, Abdul Kabir nama telah
dihidupi, maka hidupkanlah ilmu”. Ucapan beliau menyuruh Abdul Kabir
untuk rajin menuntut ilmu. Dengan anjuran beliau, maka Abdul Kabir
berhasil menimba ilmu sebanyak-banyaknya sampai beliau disebut al-Faqih.
Al-Habib Umar pernah memberitahukan akan lahirnya Syeikh Abdul Kabir
yang ketika itu masih di dalam kandungan ibunya, sedang ayahnya
meninggal dunia. Ketika keluarganya akan membagi harta waris ayahnya, di
saat itu al-Habib Umar berkata: “Sesungguhnya janin yang ada di dalam
kandungan ibunya ini adalah anak laki-laki, maka simpanlah bagiannya
dari harta warisannya”. Ternyata apa yang dikatakan oleh al-Habib Umar
adalah benar.
Al-Habib Umar telah memberi isyarat kepada salah
seorang pengikutnya, Muhammad ibnu Hishn al-Huraidzi untuk belajar
membaca al-Quran meskipun usianya telah lanjut, dikarenakan telah
mendapat barakah dari Habib Umar, maka ia diberi kemudahan oleh Allah.
Ada seseorang jika menghadiri majlis ta’limnya al-Habib Umar al-Attas,
maka ia banyak berbicara, sehingga majlis beliau terganggu, anehnya jika
diadakan pembacaan suatu kitab, maka orang itu mengantuk sampai tidur.
Karena itu, jika orang itu hadir, maka al-Habib Umar berkata kepada
kawan-kawannya: “Ambilkan kitab dan mari kita membaca kitab itu, agar
orang itu diam karena mengantuk”.
Al-Habib Umar pernah menyuruh
untuk mengeluarkan zakat kurma (Rutob) sebelum kurma itu menjadi kering.
Ketika dikatakan bahawa sebagian ulama mengatakan bahawa tidak sah
mengeluarkan zakatnya kurma sebelum kurma itu menjadi kering, maka
al-Habib Umar berkata: Mereka itu ulama dan kami pun ulama, tanyakanlah
kepada orang-orang miskin, kurma yang masih basah ataukah kurma yang
sudah kering yang mereka sukai”. Setelah dijawab, bahwa yang mereka
sukaiadalah kurma yang masih basah, maka pendapat al-Habib Umar diterima
oleh mereka dan dilaksanakan oleh seluruh penduduk desa itu.
Al-Habib
Ali ibnu Hussein al-Attas menyebutkan dalam kitabnya Taajul A’raas juz 1
hal 708, bahawa al-Habib Umar ibnu Abdurrahman al-Attas telah berbeda
pendapat dengan ahli Fiqih dalam tiga masalah. Pertama al-Habib Umar
berpendapat untuk menaruh jenazah di ujung kepala liang lahad dan jika
jenazah sedang diturunkan ke liang lahad hendaknya kedua kakinya
diturunkan lebih dahulu. Kedua, al-Habib Umar berpendapat bahawa
seseorang tidak harus berniat ketika ia menjadikan tangannya sebagai
wadah untuk mengambil air hendak berwudhu (niat Ightiraf) meskipun
menurut pendapat ahli Fiqih, orang itu diharuskan berniat kalau tidak
maka airnya menjadi musta’mal. Adapun yang dipakai alasan oleh al-Habib
Umar, seorang yang mengambil air ketika hendak berwudhu, maka ia tidak
mencuci tangannya ke dalam tempat air, kerana itu tidak perlu berniat.
Ketiga, al-Habib Umar berpendapat bahawa seseorang dibolehkan
mengeluarkan zakatnya kurma ketika buah kurma itu masih basah (rutob),
meskipun para ulama tidak membolehkan cara yang demikian itu, alasannya
Habib Umar adalah buah kurma yang masih basah lebih disenangi
orang-orang miskin, daripada buah kurma yang sudah kering.
Disebutkan
juga al-Habib Umar menganjurkan orang melakukan solat Ghaib setelah
selesai mengerjakan solat Jum’at. Adapun waktunya adalah setelah imam
menutup solatnya dengan salam dan setelah berzikir, maka diumumkan untuk
melakukan solat Ghaib bagi mereka yang telah meninggal dari segenap
umat Islam. Tradisi macam ini tetap dilakukan penduduk desa Huraidzah
dan desa-desa lainnya yang pernah mendengar fatwa al-Habib Umar.
Al-Habib Umar suka mendengar qasidahnya al-Habib Abdullah ibnu Alwi al-Haddad, yang awal mula baitnya adalah:
Jika
qasidah ini dikumandangkan oleh seseorang di depan Habib Umar, maka
beliau suka menyuruh orang itu untuk mengulanginya, sebab beliau sangat
menyayangi dan merasa kagum qasidah itu. Setelah al-Habib Umar wafat,
maka al-Habib Abdullah ibnu Alwi al-Haddad menyuruh seseorang untuk
berziarah ke makam al-Habib Umar dan menyuruhnya untuk membacakan
qasidah yang disebutkan di atas tadi di sisi kubur al-Habib Umar. Ketika
orang itu melaksanakan apa yang diperintahkan oleh al-Habib Abdullah
ibnu Alwi al-Haddad, maka ia tertidur sejenak, maka tahu-tahu terdapat
sepotong roti yang masih hangat di pangkuannya. Ketka ia terbangun ia
terkejut dengan adanya dua potong roti dihadapnya, setelah diperiksa di
sekelilingnya, ternyata tidak ada seorangpun yang ada didekatnya,
sehingga ia yakin bahawa dua potong roti itu adalah karomah dari
al-Habib Umar sebagai petanda bahawa qasidah yang dibacanya telah
didengar oleh al-Habib Umar dan ziarahnya terkabul. Maka yang sepotong
dimakan sedangkan yang sepotong lagi dibagikan kepada anak-anaknya.
Al-Habib
Umar dan guru beliau, al-Habib Hussein ibnu Syeikh Abu Bakar ibnu Salim
melarang orang untuk menghisap rokok dan mengharamkannya.
Al-Habib
Umar suka menyuruh orang untuk memperbaiki cara pengairan sawah ladang.
Beliau amat senang dengan orang-orang yang suka mengairi sawah
ladangnya dan beliau selalu mendoakan kebajikan bagi mereka, tetapi
beliau tidak senang terhadap orang-orang yang malas mengakhiri sawah
ladangnya.
Al-Habib Umar selalu menganjurkan orang untuk rajin
menanam pohon kurma. Di desa Andal dan al-Qasar banyak menghasilkan buah
kurma. dikarenakan seringnya al-Habib Umar menganjurkan orang untuk
menanamnya. Biasanya beliau berpesan untuk memberi jarak sepuluh langkah
atau lima belas langkah antara satu pohon kurma dengan lainnya.
Banyak
hadiah-hadiah yang mengalir kepada al-Habib Umar, tetapi beliau tidak
mahu menerimanya, kecuali hanya sebagian kecil daripadanya. Bahkan jika
ada seseorang yang nadzar memberi pohon kurma kepada beliau, maka beliau
ada kalanya menolaknya. Beliau tidak mahu menerima pemberian seorang
penguasapun, kalau ada seorang penguasa memberi hadiah atau bingkisan
kepada beliau atau yang ada hubungannya denga penguasa, maka beliau
selalu menolaknya dengan cara yang manis dan halus.
Al-Habib Umar
selalu pasrah dan redho terhadap apa saja yang dikehendaki oleh Allah.
Al-Habib Umar selalu sederhana dalam cara berpakaiannya, makan minumnya
dan tempat tinggalnya. Beliau suka memakai pakaian yang kasar berwarna
putih, hasil tenunan dalam negeri, bukan buatan dari India. Beliau tidak
pernah memakai pakaian yang berwarna hitam, selain ketika putera beliau
wafat, tetapi beliau mengenakan juga pakaian putih dan berwarna merah
untuk menampakkan beliau tidak susah atas kematian putranya. Ketika
ditanyakan, mengapa beliau berpakaian demikian, maka beliau berkata:
“Sesungguhnya syaitan menyuruh kami untuk menampakkan rasa susah, tetapi
kami menolaknya agar ia menjadi kecewa”.
Biasanya jika al-Habib
Umar diberi hadiah sehelai kain halus berwarna putih, maka beliau
memakainya sebagai alas duduk di atas kenderaannya sampai kain itu
tampak rosak. Biasanya jika beliau diberi hadiah sehelai baju terlalu
panjang bagian tangannya, maka beliau memotongnya sampai sebatas telapak
tangan. Hal itu adalah dikarenakan beliau meniru jejak hidup Imam Ali
ibnu Abi Thalib yang selalu memotong bagian tangannya sampai batas
telapak tangan.
Jika al-Habib Umar hendak membangun rumah, maka
beliau menyuruh arkiteknya untuk membangunkan kamar mandi di bagian
depan rumahnya agar orang-orang yang melihatnya akan mengerti, betapa
hinanya kehidupan dunia yang selalu mereka rebutkan itu. ketika
arkiteknya telah selesai membangun tembok rumah beliau, maka beliau
dipersilakan masuk ke dalam bangunan itu. Setelah beliau mengukur tinggi
bangunannya dirasa telah cukup, maka beliau menyuruhnya untuk membangun
atapnya. Letak rumah beliau di bagian atas desa. Ketika penduduk desa
Huraidzah minta pertimbangan beliau, di manakah rumah beliau harus
dibangun, maka beliau menyuruh mereka untuk membangun rumahnya di bagian
atas desa itu di dekat rumah Syeikh Salamah ibnu Ali Basahil. Sebab
beliau amat erat hubungannya dengan Syeikh Salamah yang dikenal sebagai
wali yang wara’, ahli ibadah dan amat dekat hubungannya dengan al-Habib
Umar, sehingga al-Habib Umar sering mengunjunginya. Kata al-Habib Umar:
“Andaikata aku tidak takut kebakaran, pasti aku lebih senang di sebuah
gubug”.
Beliau tidak terlalu memperhatikan masalah makanannya,
beliau mau makan apa saja yang didapatnya dengan mudah, tidak jarang
beliau menahan lapar jika tidak ada rezeki yang dimakannya. Disebutkan
bahawa pada suatu malam isteri Hussein menantu beliau tidak menyediakan
makan malam bagi al-Habib Umar, sebab ia mengira bahawa al-Habib Umar
sudah makan malam di rumah Salim, puteranya. Demikian juga isteri Salim
tidak menyiapkan makan malam bagi al-Habib Umar, sebab ia mengira bahawa
al-Habib Umar telah makan di rumah Hussein. Kebetulan malam itu
pembantunya keluar dengan membawa sepotong roti untuk makan sapinya,
maka beliau mengambil sebagian seraya berkata: “Ini adalah makan
malamku”. Al-Habib Umar hanya berkata: “Kurma dan mentimun yang halal
lebih baik dari bubur kambing (harisah) yang subhat”.
Pada suatu
hari ketika beliau berkunjung ke Wadi ‘Amed, maka beliau singgah di
rumah salah seorang pengikutnya yang ada di desa itu. Penduduk desa itu
senang menerima kehadiran al-Habib Umar, sehingga mereka membikin bubur
asidah bagi beliau. Ketika penduduk desa itu masih sibuk membuat bubur
asidah, salah seorang puteri dari mereka datang dengan membawa sepiring
makanan bagi beliau, beliau hanya menyuapnya sedikit. Tidak lama setelah
bubur asidah yang dipersiapkan penduduk desa itu telah selesai, maka
mereka menghidangkannya ke hadapan al-Habib Umar, tetapi beliau tidak
menyuapkan sedikitpun dari bubur asidah itu, sehingga mereka minta
beliau untuk mencicipinya, tetapi beliau menolaknya dengan halus, seraya
berkata: “Ada seorang puteri telah membawakan makanan buah bidara cina
bagiku, aku telah memakannya sedikit dan hal itu aku telah rasa cukup”.
Kisah ini merupakan salah satu bukti dari kesederhanaan al-Habib Umar
dalam hal makanan.
Sifat postur tubuh al-Habib Umar al-Attas
Al-Habib
Ali ibnu Hassan al-Attas pernah menyebutkan dari al-Habib Abu Bakar
ibnu Muhammad Bafaqih, Shahib Qoidun, tentang sifat diri al-Habib Umar
sebagai berikut: “Tubuh al-Habib Umar berperawakan sedang, wajahnya
tampan, janggutnya lebar, jika seorang melihat beliau, maka akan melihat
kewibawaan beliau dan tercium bau harum dari beliau”.
Al-Habib
Umar gemar memakai parfum. Kata beliau: “Dari besarnya kesukaannya
kepada parfum, maka aku ingin dihadirkan sebuah bejana yang berisi
parfum, kemudian aku akan memakainya semua”. Dikarenakan besarnya
kegemaran beliau mamakai parfum, maka keringat beliau tercium bau harum.
Pada lambung kiri al-Habib Umar ada warna hitam sebentuk cincin.
Al-Habib Umar sebagai seorang Syeikh dan Murabbi
Al-Habib
Umar adalah seorang Syeikh, seorang murabbi dan seorang da’i kepada
Allah di dalam tindak-tanduknya dan tutur katanya. Al-Habib Umar pernah
berkata: “Ketika aku ditawari menjadi seorang da’i, maka aku menolaknya
dengan berbagai alasan”. Kemudian dikatakan kepadaku: “Kami akan
menjadikan bagimu seorang pendamping dan membantu yang akan
mendampingimu untuk menunaikan tugasmu”, seraya menunjuk kepada Syeikh
Ali Baras. Maka aku menerima tugas itu dan Syeikh Ali Baras akan
membantuku dan mendukungku”.
Al-Habib Umar berkata: “Sesungguhnya
sumber-sumber untuk mendapatkan cahaya Allah tidak berkurang sedikitpun
bagi generasi yang ada di akhir masa, akan tetapi mereka datang membawa
bejana-bejana yang berlubang”.
Pada awal mulanya, Syeikh Ali
Baras sibuk membantu al-Habib Umar dalam menyampaikan dakwahnya. Pada
suatu hari ketika Syeikh Ali Baras duduk di sisi al-Habib Umar, maka
beliau bertanya kepadanya: “Buku apa yang ada padamu?” kata Syeikh Ali
Baras: “Buku yang ada di tanganku adalah Bidayatul Hidayah”. Kata
al-Habib Umar: “Bacalah buku itu”. Maka Syeikh Ali Baras membaca dengan
khutbahnya. Selanjutnya, al-Habib Umar berkata kepada Syeikh Ali Baras:
“Berhentilah sampai di situ, aku telah memberimu ijazahdi bidang
Syari’at, Tareqat dan Hakekat, ini adalah ijazah yang diberikan
bertepatan pada saat terkabulnya semua do’a”.
Habib Isa ibnu
Muhammad al-Habsyi berkata: “Biasanya jika ada seorang datang dengan
niat yang baik kepada al-Habib Umar, maka beliau akan menerima segala
pengaduannya serta menghormatnya dengan menampakkan keramatnya,
sifat-sifat mulia seperti ini iaitu niat yang baik dan keyakinan yang
kuat jarang dimiliki oleh tamu-tamu yang lain dan kekeramatan beliau
jarang dilihat orang kecuali seorang yang benar-benar ta’at, bagus
niatnya dan kuat aqidahnya”.
Syeikh Ali Baras pernah berkata
kepada al-Habib Umar: “Meskipun engkau sering mengunjungi Wadi ‘Amed dan
desa-desa lainnya, tetapi anehnya tidak banyak yang mendapat petunjuk
dengan sebenarnya dari engkau, padahal aku yakin bahawa jika seorang
fakir bertemu dengan engkau pasti ia akan menjadi muslim”. Jawab
al-Habib Umar: “Andaikata aku bertemu dengan seorang yang hatinya
seperti engkau, tentunya aku dapat menyampaikan ia kepada Allah di dalam
waktu yang paling singkat, akan tetapi aku mendapati orang-orang yang
hanya membicarakan: “Habib akan pergi, habib akan datang”. Dengan kata
lain tidak mempunyai persiapan dan keyakinan kepada beliau”.
Disebutkan
bahawa pada suatu hari ada seorang murid datang kepada beliau dengan
niat untuk memohon keputusan dari beliau. Sebelum murid itu menyampaikan
kepada beliau apa yang yang ada di hatinya, maka dengan cara kasyaf
beliau menjawab apa yang akan ditanyakan oleh murid tersebut: “Wahai
orang yang kebanyakan manusia meninggalkan apa yang semestinya harus ia
lakukan, tidak seorangpun yang datang kepadaku kecuali ingin menanyakan
tentang masalah-masalah duniawi seperti meminta hujan, menginginkan anak
atau meminta pendapat, padahal setiap murid yang datang kepadaku dengan
niat yang baik untuk mendapatkan masalah-masalah yang mulia, pasti ia
akan mendapatkan kebajikan yang ia inginkan”.
Ada seorang sholeh
dari penduduk sebuah desa Hadzyah yang bernama Ahmad ibnu Abdillah
Bajusair, ia seorang guru ngaji bagi anak-anak kecil. Biasanya jika
penduduk desa Syibam berziarah ke tempat al-Habib Umar al-Attas, maka
mereka singgah di desa Hadzyah dan akan melewati rumah guru ngaji ini,
demikian pula jika mereka pulang dari tempat beliau. Pada suatu kali,
guru itu berkata kepada salah seorang yang didekatnya: “Aku lihat
penduduk Syibam yang pergi ke tempat al-Habib Umar dalam keadaan wajah
tertentu, dan mereka pulang dengan wajah yang berlainan dari wajah yang
sebelumnya. Mengapa demikian?” Ketika ucapan guru ngaji itu disampaikan
kepada al-Habib Umar, maka beliau berkata: “Katakanlah kepadanya,
adakalanya manusia tugasnya sebagai guru ngaji seperti kamu, adakalanya
seorang pendidik, apakah dia tidak mengerti bahawa saya seperti buaya,
telurnya di darat dan ia tetap berada di laut dan memelihara telurnya
cukup dengan pandangan”.
Al-Habib Ahmad ibnu Hasyim al-Habsyi
berkata: “Dulunya aku dan as-Sayid Abdullah al-Haddad sering berkunjung
kepada al-Habib Umar al-Attas, tidak lama, maka al-Habib Abdullah
mendapat pancaran Ilahi (Futuh) sebelum aku mendapatkannya, sehingga
minatku kepada beliau berkurang. Ketika aku adukan keadaanku kepada
Habib Umar, maka beliau menghadap kepadaku dan mendo’akanku untuk
mendapatkan seperti yang didapati al-Habib Abdullah al-Haddad. Maka
sejak saat itu akupun mendapat pancaran Ilahi.
Al-Habib
Abdurrahman ibnu al-Habib Umar al-Attas berkata: “Ketika aku keluar dari
desa Ahrum, maka aku bertemu dengan seorang Darwisy yang sedang
mengembara. Waktu itu ia hendak menyeberang jalan. Ketika aku memberi
salam kepadanya, maka ia berkata, selamat datang wahai fulan. Ia
menyebut namaku dan ia menunjukkan kegembiraannya bersamaku meskipun aku
belum pernah bertemu dengannya pada waktu sebelumnya. Aku bertanya
kepadanya, bagaimana engkau tahu namaku, padahal engkau belum pernah
berkenalan denganku?” Jawab orang itu: “Bagaimana aku tidak mengenalmu,
pada hal engkau adalah putera guru kami, al-Habib Umar bin Abdurrahman
al-Attas. Sesungguhnya ayahmu sering datang ke negeri kami secara ghaib
dan nama beliau lebih dikenal di tempat kami daripada di tempat kamu”.
Habib
Ahmad ibnu Hussein ibnu Umar berkata: “Aku pernah diberitahu oleh
seorang yang aku tidak ragu akan kejujurannya bahwa ia pernah bertemu
dengan seorang Darwisy dari negeri Sind di Afrika yang berkata:
“Sesungguhnya al-Habib Umar bin Abdurrahman al-Attas sering berkunjung
ke negeri kami di Sind untuk mengajari kami Tasawwuf dan ilmu Tareqat
dan beliau banyak dikenal di negeri kami”.
Syeikh Abdullah ibnu
Abdurrahman Ba’ubad menuturkan bahawa ketika ia bersama Syeikh Ali Baras
dan tiga belas orang sahabatnya datang ke tempat al-Habib Umar, maka
yang pertama aku lihat adalah sinar wajah beliau yang amat cemerlang,
sehingga aku tidak ingat lagi akan kehadiranku, sebab aku lihat diri
beliau bagaikan mutiara yang berwarna putih cemerlang, dan wajah beliau
memancarkan sinar yang terang, maka timbul keinginanku untuk tidak akan
berpisah dari beliau sepanjang hidupku. Kami sempat menetap di tempat
beliau selama beberapa hari. Ketika beliau memberi izin kami untuk
pulang ke desa kami, maka beliau berkata kepadaku: “Wahai puteraku,
tempat dan sumber mata air serta perjalanan hanya ada satu macam, barang
siapa yang ingin memisahkan antara aku dari Syeikh Ali Baras, maka ia
tidak akan mendapat untung”.
Al-Habib Abdullah ibnu Alwi
al-Haddad berkata: “Ketika aku mengunjungi al-Habib Umar al-Attas, maka
aku lihat pada diri beliau, adanya sifat-sifat yang terdapat pada para
sesepuh beliau hingga pada diri Nabi SAW”.
Habib Isa ibnu
Muhammad al-Habsyi dan para arif billah lainnya, banyak menuturkan
bahawa keadaan peribadi al-Habib Umar al-Attas dan tindak lanjutnya jauh
berbeda dengan para tokoh wali lainnya. Meskipun keadaan dan kedudukan
beliau sangat tinggi, namun beliau lebih senang untuk rendah diri, lemah
lembut, ramah tamah kepada semua orang dan akhlak yang sangat tinggi di
mana sangat sedikit sekali orang berakhlak seperti beliau.
Ketika
menyebutkan sifat al-Habib Umar, Habib Ahmad ibnu Zein al-Habsyi
berkata: “Banyak orang dari kawan-kawan beliau yang menerima kebajikan
dari al-Habib Umar, banyak orang yang menjadi murid beliau dan banyak
pula yang menerima talkin dzikir dan menerima khirqoh dari beliau”.
Kitab-kitab yang dipesankan oleh Habib Umar al-Attas untuk dipelajari
+ Az Zubad karya tulis Syeikh Ibnu Ruslan. Habib Umar selalu menyuruh anak-anak kita untuk menghafal nadzom kitab Zubad.
+
Bidaayatul Hidaayah karya tulis Imam Ghozali. Syeikh Ali Baras pernah
membaca mukadimah kitab Bidaayatul Hidaayah di hadapan Habib Umar,
kemudian beliau memberi ijazah bagi Syeikh Ali Baras sehingga Allah
membuka cabang-cabang ma’rifat baginya.
+ Al Minhaaj karya tulis Imam
Nawawi. Syeikh Abdullah ibnu Umar Ba’ubaid berkata: “Ketika aku
berkunjung ke tempat Habib Umar, beliau berkata kepadaku: “Aku pernah
membaca kitab al-Irsyad, karya tulis Syeikh Ismail al-Muqri”. Maka
beliau berkata kepada Syeikh Ali Baras: “Wahai Ali, bacakan kepadanya
kitab al-Minhaaj, karya tulis Imam Nawawi dan bacakan juga kitab itu
kepada kawan-kawanmu, kerana kitab tersebut membawa berkat dan memberi
futuh, Insya-Allah, sebab penyusunnya seorang Wali Qutub dan ia berdo’a
bagi setiap pembacanya, semoga diberi barakah”.
+ Ar Risalah karya
tulis Imam Qusyairi dan Awarifu al-Ma’arif karya tulis Imam
al-Saharwurdi. Al-Habib Umar al-Attas selalu membaca kedua kitab itu ke
mana saja beliau pergi. Kata beliau: “Ar Risalah dan al-Awarif dan
kitab-kitab sepertinya sangat pentinguntuk dibaca, sebab keduanya
termasuk pemasok santapan rohani bagi paraahli Tasawwuf”.
Kewara’kan al-Habib Umar al-Attas
Beliau
dikenal sangat wara’. Beliau tak mau pernah menerimapemberian apapun
dari kaum penguasa, tidak pernah mau diajak makan minum, sampaipun
sekedar minum kopi bersama kaum penguasa, bahkan beliau menolak arang
bakar yang datangnya dari kaum penguasa. Kisah penolakkannya terhadap
pemberian Sultan Badar ibnu Abdillah al-Katsiri ketika datang
mengunjungi beliau, kelak akan saya sebutkan dalam fasal tersendiri.
Beliau tidak mau makan dari pemberian orang-orang yang berbisnes dengan cara riba’.
Pada
suatu kunjungan beliau di Wadi Amed, maka beliau dipersilakan singgah
di rumah seorang dari keluarga Basulaib, sedangkan mereka tidak mau
memberikan bagian waris bagi anak-anak perempuan, maka belai menolak
untuk singgah dan beliau berkata: “Bagaimana aku akan singgah di rumah
seorang yang tidak mau memberikan waris bagi anak-anak perempuannya?
Padahal Allah menyuruh memberikannya dalam al-Quran, Allah berfirman:
“Allah
mensyari’atkan bagimu tentang pembagian waris untuk anak-anakmu, iaitu
bagian seorang anak lelaki sama dengan bagian dua anak perempuan”.
Kata lelaki itu: “Mulai dari saat ini, aku akan memberikan waris bagi anak-anak perempuanku”.
Maka
Habib Umar mau singgah di rumah orang itu dan beliau berdo’a bagi
keluarga orang itu, sehingga mereka diberi barokah dan kebahagiaan
hidup”.
Pada suatu kali ketika beliau berkunjung ke rumah seorang
dari keluarga Basuwaid yang ada di desa Anaq. Maka beliau disambut
dengan sambutan yang luar biasa, dan beliau diberi labu. Beliau
bertanya: “Dari mana engkau peroleh buah labu ini?” Jawab orang itu:
“Aku memetiknya dari sebuah kebun milik wakaf”. Katanya beliau: “Kalau
begitu, kita tidak diperbolehkan makan dari kebun yang telah diwakafkan,
sebab kebun yang telah diwakafkan itu adalah milik semua orang Islam”.
Kata orang itu: “Mulai sekarang aku tak mau lagi makan dari hasil kebun
yang telah diwakafkan, lalu bagaimana hasil-hasilnya yang telah aku
makan di masa-masa sebelumnya?” Kata Habib Umar: “Untuk menebus dosanya
yang lalu, maka rawatlah kebun itu, kemudian bagikan hasilnya bagi kaum
muslimin”. Maka sejak saat itu, kebun yang telah diwakafkan itu mulai
sebaik mungkin”.
Habib Umar tidak mau menerima harta wasiat dari
seorang kecuali bila beliau telah memperjelaskan benar-benar tentang
redhanya ahli warisnya. Pada suatu kali ada seorang wanita yang
mewasiatkan sebagian dari perhiasannya senilai tiga Uqiyah. Ketika
wanita pemilik harta itu wafat, maka harta yang diwasiatkan itu
diberikan kepada beliau, tetapi beliau tidak mau menerimanya sampai
setelah memperjelas redha ahli warisnya tentang harta wasiat itu”.
Disebutkan
oleh Syeikh Ali ibnu Salim al-Junaid, bahwa ayahnya yang bernama Salim
pernah meminjam seekor keldai buat kenderaan bagi perjalanan habib Umar
yang akan pergi ke desa Lahrum. Anehnya, sesampai di tengah perjalanan,
keldai itu berhenti dan duduk di padang pasir, padahal waktu itu
udaranya amat panas. Kata Syeikh Salim: “Hampir aku pukul keldai ini,
tetapi beliau melarangku seraya berkata bahwa pemilik keldai ini tidak
mau keldainya dipukul”. Kemudian beliau berkata: “Peganglah kepalanya
dan aku akan membantumu, agar ia berjalan”. Demikian pula ketika keldai
itu mogok kembali, maka Salim hendak memukulnya, tetapi beliau
menolaknya, dan beliau membantunya agar ia mau berjalan”.
Dan
jika telah masuk waktu solat berjamaah, sedangkan imam masjid ada
didekat beliau, maka beliau mengusirnya seraya berkata: “Pergilah engkau
untuk menjadi imam, tidak dihalalkan anda duduk di sini, bila waktu
tugas anda sebagai imam telah tiba”.
Rasa tawadhu’ al-Habib Umar al-Attas
Al-Habib
Abdullah ibnu Alawi al-Haddad berkata: “Itu orang (al-Habib Umar) yang
pepohonnya ditanam atas dasar tawadhu’ dan lemah lembut, sehingga
tangkai-tangkainya seperti itu juga”. Hal itu menunjukkan kedua sifat
budi pekerti beliau.
Al-Habib Abdullah ibnu Alawi al-Haddad
berkata: “Ketika kami berkunjung ke desa Huraidzah ke tempat Habib Umar,
kami melihat Habib Umar bersikap amat tawadhu’, tidak seorangpun dari
orang-orang besar yang dapat mengikuti perangai beliau seperti itu.
Begitu tawadhu’nya perangai beliau, meskipun tingginya kedudukan beliau,
samapi beliau tidak dapat dibezakan dengan kawan-kawan duduknya yang
lain. Di tengah majlisnya, beliau tidak duduk di tempat yang khusus,
tidak pakai pakaian khusus, sehingga beliau tidak berbeza dengan
kawan-kawan duduk yang lain. Bila bangun kerana ada hajat dan tempat
duduknya ditempati orang lain, belaiu tidak marah dan tidak menyuruh
orang itu untuk pindah, bahkan beliau duduk di tempat lain, sampai aku
pernah berkata: “Alangkah tidak sopannya kalian terhadap Imam ini”.
Pada
suatu kali, penduduk Syibam berebutan untuk berjabat tangan dengan
beliau, ada seorang yang ketika itu melihat kesederhanaan pakaian Habib
Umar dan ketawadhu’annya, maka ia berkata: “Seorang yang seperti ini,
kami di Tarim tidak mengajak berjabat tangan dengannya”. Ketika ucapan
itu didengar oleh Habib Umar, maka beliau berkata: “Memang pantas
ucapannya itu, sebab yang ada di Tarim hanyalah orang-orang yang
wajah-wajahnya bagaikan bulan”. Beliau mengulang-ulang berkali-kali.
Pada
suatu hari ketika orang-orang datang ke tempat Habib Umar untuk
mengucapkan selamat atas lahirnya seorang anak beliau, sedangkan dari
penduduk kota itu tidak ada yang datang, mereka adalah orang-orang yang
berwatak keras dan meninggalkan solat berjamaah dan Jum’at, maka ada
seorang dari penduduk desa itu yang mendengar bahawa Habib Umar
mempunyai anak, lalu dia mengatakan keldaiku mempunyai anak, suatu
ucapan yang mengejek dan sangat tidak pantas. Mendengar ejekan orang
itu, Habib Umar tidak marah, bahkan Habib Umar mendatangi rumah orang
itu dengan tujuh kawan beliau. Kedatangan beliau menjadikan orang itu
amat bergembira, sehingga ia menjadi amat kagum terhadap lemah lembut
budi pekerti beliau. Kunjungan Habib Umar itu di pagi hari Jum’at.
Ketika Habib Umar hendak keluar, maka beliau bertanya kepada orang itu
dan kawan-kawannya yang tidak mau menghadiri solat Jum’at: “Mengapa
kalian tidak menghadiri solat Jum’at, padahal mempunyai pakaian-pakaian
yang bagus dan harum baunya?” Jawab mereka: “Apakah kami boleh
menghadiri solat Jum’at dengan memakai pakaian-pakaian yang bagus dan
harum?” Jawab Habib Umar: “Boleh”. Maka mereka keluar bersama-sama untuk
menghadiri solat Jum’at dengan perasaan gembira dan puas karena akhlak
dan perilaku Habib Umar.
Kedermamawan al-Habib Umar al-Attas
Habib
Umar al-Attas dikenal sebagai seorang yang amat murah tangan, sehingga
rumahnya selalu dibanjiri segala lapisan masyarakat yang membutuhkan
bantuan beliau. Kedermawan Habib Umar tidak pernah membezakan orang,
semua orang disamakan pelayanannya, baik dia orang yang fakir atau
pejabat tinggi. Habib Umar sangat peduli untuk memberi makan
orang-orang, sehingga menyuruh pembantu-pembantunya untuk menyimpan
sebagian hasil panen buat nanti bila datang musim paceklik. Sehingga
kalau ada orang-orang yang membutuhkan pertolongan, pasti kebutuhan
mereka dapat terpenuhi. Meskipun besarnya kedermawan Habib Umar, tetapi
beliau tidak pernah menyombongkan diri di depan orang-orang lemah. eliau
senantiasa memberi pelayanan kepada orang-orang lemah dengan penuh
kasih sayang, sehingga mereka tidak pernah rasa malu dengan beliau.
Demikian pula, Habib Umar tidak pernah memaksa diri dalam menjamu
tamu-tamunya, adkalanya tamunya orang miskin, beliau hidangkan daging
bila beliau memilikinya. Adakalanya tamunya penguasa, beliau hidangkan
seadanya, bahkan beliau lebih mengutamakan kaum lemah dari kaum
penguasa. Hal itu terlihat pada perlakuan beliau terhadap Sultan Badar
ibnu Muhammad al-Katsiri. Yang demikian itu sengaja beliau lakukan agar
tidak terasa di hati Sultan bahwa beliau butuh bantuan dari Sultan atau
ingin mendekatkan diri kepadanya.
Adakalanya kalau ada
orang-orang terpandang mengunjungi beliau, sedangkan beliau tidak
mempunyai hidangan yang pantas buat dihidangkan kepada mereka. Tetapi
beliau tidak segan mohon bantuan atau pinjaman untuk menyembelih seekor
kambing bagi tamu-tamunya yang terpandang itu, agar mereka tidak kecewa
bila penghormatannya atau hidangannya dirasa kurang cukup.
Al-Habib
Umar sebagaimana yang diceritakan oleh putranya iaitu al-Habib Abdullah
selalu menyisakan atau menyimpan sebagian hasil panen tahunan untuk
musim paceklik, meskipun kebanyakan orang tidak memperhatikan hal ini.
Karena itu bila banyak orang-orang yang mohon bantuan bahan makanan di
rumah beliau jika musim paceklik tiba, maka hal itu tidak mengherankan
sebab beliau telah lama bersiap-siap menghadapi krisis pangan seperti
itu. Di saat krisis pangan sedang melanda kaumnya, maka beliau menolong
orang-orang yang membutuhkan bahan makanan. Di antara mereka, ada yang
setiap saatnya diberi makan langsung di rumah beliau, tetapi ada pula
yang dikirim bahan pangan ke rumah-rumah mereka, terutama bagi
keluarga-keluarga yang tidak bisa mohon bantuan orang, tetapi masa
paceklik yang memaksa mereka untuk cari bantuan dan juga untuk
mempererat tali silaturahim.
Adakalanya, ada sejumlah tamu yang
datang ke rumah beliau di akhir malam, dan beliau menyambut mereka
dengan ramah-tamah. Biasanya bila ada tamu di akhir malam hari, beliau
membangunkan isterinya untuk menyiapkan makan malam buat tamu-tamu yang
datang di akhir malam, adakalanya beliau menyimpan sebagian makan
malamnya, persiapan barangkali ada tamu yang datang. Biasanya jika bahan
makanan pokok menipis, maka beliau dan keluarganya tidak mau makan
bahan pokok. Beliau dan keluarganya memilih bahan pangan pengganti,
sedang bahan pangan yang pokok diberikan bagi orang lain yang
membutuhkannya, terutama bagi para tamu yang datang ke rumah beliau.
Kalau bahan pangan pokok benar-benar habis, maka beliau berikan bahan
pangan berupa apa saja tanpa malu.
Habib Umar tidak senang menonjolkan diri
Habib
Umar dikenal sebagai seorang yang selalu merahsiakan
keistimewaan-keistimewaannya dan ketekunan beribadahnya. Demikian pula,
Habib Umar selalu mewasiatkan hal itu bagi murid-muridnya.
Habib Umar suka mengasingkan diri dari masyarakatnya. Kata beliau:
“Menonjolkan diri merupakan penyakit yang tidak ada ubatnya”.
Seorang
murid beliau pernah melihat Habib Umar duduk di tempat solatnya secara
tersendiri. Ketika beliau ditanya: “Mengapa beliau mengasingkan diri?”
Kata beliau: “Aku mengasingkan diri sebab orang-orang itu selalu
mendekati aku”.
Habib Ali bin Hasan al-Attas meriwayatkan bahawa
Thabarani menyebutkan bahawa Anas r.a berkata: “Aku datang ke tempat
Rasulullah SAW dan aku dapatkan beliau mendorongkan sesuatu dengan kedua
tangannya”. Aku berkata: “Wahai Rasulullah, kiranya apa yang tadi
engkau dorongkan dengan kedua tangannya ini?” Sabda beliau: “Tadi aku
didatangi dunia maka aku mengusirnya dariku”.
Salah satu dari
tanda ketidaksenangan Habib Umar untuk menampilkan diri dan tanda lemah
lembutnya adalah jika beliau mengunjungi suatu desa dan beliau tinggal
di desa itu selama tiga hari atau lebih atau kurang dari jumlah itu,
tetapi kedatngan beliau itu hampir tidak diketahui oleh penduduk desa
yang beliau kunjungi, kecuali hanya si pemilik rumah yang beliau
singgahi dan tetangga-tetangga dekatnya. Pada umumnya beliau suka
berjalan di saat panas matahari atau di waktu tengahari yang sangat
panas, dan beliau tidak senang ditemani orang lain, kecuali pembantunya.
Jika beliau tiba di suatu desa, maka beliau sengaja memilih singgah di
suatu rumah yang tidak akan dikenal orang banyak.
Gerakan dakwah al-Habib Umar al-Attas
Habib
Umar pernah berkata:”Ketika aku diminta untuk bergerak di bidang
da’wah, maka aku mengajukan berbagai alasan untuk menerangkan
ketidakmampuan melakukannya”. Maka diberitahukan kepadaku: “Kami akan
mendukungmu dalam melaksanakan tugas da’wah ini dengan seorang yang amat
mampu untuk melaksanakan tugas ini. Kemudian Syeikh Ali Baras
diperbantukan kepadaku”.
Dikarenakan seringnya perjalanan yang
beliau lakukan untuk berda’wah dan mendamaikan orang, sampai beliau
mengatakan: “Dikarenakan banyaknya perjalanan yang aku lakukan untuk
berda’wah, sampai aku menjadi orang pendatang (asing) sampai kewajipan
solat Jum’at tidak diwajibkan bagiku”. Karena beliau selalu dalam
keadaan musafir.
Al-Habib Abdullah al-Haddad berkata: “Sebenarnya
kami ingin mengunjungi makam-makam dan negeri-negeri, akan tetapi kami
terhalangi oleh kecintaan dan ketergantungan manusia kepada kami. Kami
ingin sekali seperti Habib Umar ibnu Abdurrahman al-Attas, karena beliau
banyak berkunjung ke berbagai tempat, untuk berda’wah dengan tidak
ditemani orang lain.
Al-Habib Abdullah al-Haddad berkata juga:
“Pada tahun 1071 H, tepatnya hari Isnin tanggal 21 Jamadil Akhir, ketika
kami berkunjung ke tempat al-Habib Umar al-Attas, maka kami meminta
untuk berdua dengan beliau tanpa diikuti orang lain. Ketika permintaanku
itu dikabulkan oleh Habib Umar dan beliau merestui dengan segala yang
aku lakukan, beliau menganjurkan aku untuk berdakwah secara khusus atau
umum tanpa peduli ucapan orang banyak”.
Habib Umar selalu giat
berda’wah, menyuruh yang baik dan melarang yang mungkar dengan cara yang
lemah lembut, dan bersifat mengayomi orang, sehingga banyak orang yang
suka dan cinta dengan beliau. Tidak sedikit orang-orang yang membangkang
dan berbuat dosa terpengaruh oleh lemah lembutnya da’wah beliau,
sehingga mereka bertaubat dan menjadi orang-orang yang taat kepada
Allah. Beliau menggalakkan menghadiri solat berjamaah dan solat Jum’at.
Selain itu, berbagai cabang-cabang amal-amal soleh pun digalakkan di
tengah masyarakatnya. Pada waktu beliau sampai di desa Huraidzah untuk
pertama kalinya, beliau dapati masyarakatnya banyak yang bodoh,
membangkang, kasar, tidak suka tolong-menolong dan tidak mau berjamaah
dan berjum’atan. Dengan tekun Habib Umar mengajak mereka ke jalan Allah.
Habib Umar tidak pernah memaksa orang untuk berbuat baik, tetapi merayu
mereka dengan cara-cara yang menarik, sehingga akhirnya penduduk desa
Huraidzah menjadi manusia-manusia yang berbudi pekerti halus dan
ramah-tamah.
Salah satu dari cara-cara menarik yang dipakai Habib
Umar dalam menarik hati masyarakatnya adalah sering mengunjungi
rumah-rumah mereka dan bercengkramah di rumah-rumah mereka, sampai
mereka cinta dengan cara yang dipakai leh beliau. Meskipun demikian,
beliau tidak segan menasihati mereka bila ada perbuatan-perbuatan
terlarang yang dilakukan oleh mereka, misalnya cerita yang tertera di
atas akan nasihat yang beliau berikan kepada seorang Basuid yang
menyuguhkan buah labu yang timbul di kebun milik wakaf. Termasuk juga
lemah lembut beliau terhadap orang yang mengatakan keldaiku juga
mempunyai anak, sewaktu orang-orang mengucapkan selamat atas lahirnya
anak beliau, yang mana mereka tidak mau melakukan solat Jum’at. Sampai
mereka mau menghadiri solat Jum’at dan mereka tertarik dengan cara-cara
yang menarik dari Habib Umar.
Terhadap orang-orang yang
terang-terangan menentang hukum Allah, maka beliau bersifat kasar
terhadap mereka. Di antaranya adalah beliau tidak mau singgah ke rumah
seorang dari keluarga Bashalib yang tidak mau memberikan waris bagi
putri-putri mereka: “Ketika mereka bertanya, maka beliau berkata:
“Bagaimana aku mau akan berkunjung ke rumah seorang yang tidak mau
memberi hak waris bagi putri-putrinya?” Maka dengan ketegasan Habib Umar
itu, mereka menyatakan taubatnya, dan akhirnya beliau mau mengunjungi
rumah mereka.
Sedangkan terhadap orang-orang yang tidak ada
gunanya dengan cara-cara yang lemah lembut, maa beliau bersifat kasar
dan marah yang sangat marah. Hal itu dinampakkannya seperti tidak mau
memasuki rumah mereka, tidak mau menghadiri undangan mereka, sehingga
banyak yang bertaubat di tangan beliau.
Disebutkan juga bahwa
Habib Umar pernah menola makan hidangan yang dihidangkan di rumah
seorang yang tidak memisahkan antara harta dari hasil yang halal maupun
yang haram, khususnya dari harta hasil riba’. Disebutkan bahwa pada
suatu hari, Habib Umar diundang makan di suatu rumah yang pemiliknya
sedikit banyak suka makan harta hasil riba’. Ketika hidangan makanan
telah disuguhkan dan para tamu termasuk Habib Umar dan Syeikh Ali Baras
dipersilakan makan. Ketika itu Habib Umar merasa bahawa hidangan itu ada
undur haramnya. Maka beliau memberitahukan kepada Syeikh Ali Baras
tentang hal itu. Kemudian keduanya meninggalkan jamuan makan tanpa
menyantap sesuap pun dari makanan yang dihidangkan itu sehingga pemilik
rumah bertanya-tanya tentang sebabnya. Kata Habib Umar: “Dalam
hidanganmu ada harta yang tidak halal”. Maka si pemilik rumah menangis
dan berkata: “Kalau orang-orang yang baik tidak mau makan makananku,
maka aku adalah orang yang paling jelek”. Lalu menyatakan taubatnya di
hadapan Habib Umar dan ia berjanji tidak akan memungut harta dari hasil
riba’ lagi.
Disebutkan bahawa pada suatu hari Habib Umar
menghadiri majlis ta’lim Habib Aqil, saudara beliau, sepulangnya dari
ziarah ayahnya. Ketika itu ada seorang yang kaya yang suka menerima
harta riba’ memberi suguhan kopi susu kepada para jamaah. Ketika Habib
Umar merasa bahawa dalam kopi yang disuguhkan itu ada unsur haramnya
maka beliau berkata: “Angkatlah kopimu, kami tidak dapat meminumnya
sebab engkau suka menerima harta riba’”. Habib Umar sangat marah
terhadap orang itu maka lelaki itu berdiri sambil marah dan nenentang
Habib Umar sehingga Habib Umar berdoa bagi orang itu. Denga izin Allah,
lelaki itu sakit dan mati tidak lama setelah itu. Kata Habib Ali bin
Hasan al-Attas: “Karena lelaki itu menampakkan diri menentang Allah dari
dua sisi, yang satu dengan harta riba’ yang ia makan. Allah berfirman:
“Maka ketahuilah Allah dan Rasulnya akan memerangimu”
Dan karena ia menentang wali Allah, seperti yang disebutkan dalam hadis Qudsi:
“Seorang yang menentang wali-Ku maka Aku akan memeranginya”
Di
akhir usianya ketika Habib Umar solat Jum’at di desa Nafhun, beliau
duduk di pintu masjid. Maka beliau memberikan mauidhoh hasanah dan
memperingatkan hadirin dari seksa Allah karena itu mereka diminta
meningkatkan frekuensi ibadah mereka dan ketaqwaan mereka dan melarang
dari apa yang menyebabkan kemurkaan Allah. Setelah itu beliau berkata:
“Apakah aku telah menyampaikan pesan-pesan Allah ini?” Jawab para
hadirin: “Ya”. Maka beliau berkata: “Ya Allah, saksikanlah kesaksian
mereka”.
Di saat itu ada seorang murid beliau yang bernama Syeikh
Abdul Kabir Baqais yang berkata: “Seolah-olah Habib Umar memberikan
nasihat yang terakhir”.
Habib Umar gemar mendamaikan orang yang berselisih
Habib
Umar al-Attas suka mendamaikan orang-orang yang sedang berselisih demi
untuk menjalankan ajaran Allah yang pernah disebutkan Allah dalam
firmannya:
“Tiada kebaikan dalam sebagian besar bisik-bisik
kalian kecuali seorang yang menyuruh bersedekah dan menyuruh berbuat
kebajikan atau mendamaikan di antara manusia yang berselisih. Barang
siapa yang mengerjakan hal itu karena berharap redha Allah, maka akan
kami berikan pahala yang besar”
Disebutkan bahawa suatu hari
beliau mendamaikan di anatara dua suku Kabilah Arab yang sedang
bersengketa. Maka masing-masing suku berkeras kepala, sehingga beliau
bertanya kepada mereka: “Bagaimanakah pendapat kalian bila seseorang di
antara kalian berada di suatu lembah, bisakah ia menjadikan lembah itu
makmur atau bisakah ia menggali sumur seorang diri atau menolak serangan
musih seorang diri?”
Jawab kedua suku itu: “Tidak bisa”. Jawab
Habib Umar: “Karena itu bersatulah kalian semua agar dapat menyelesaikan
segala persoalan secara bersama”. Berkat nasihat Habib Umar itu, maka
mereka bersatu kembali dan saling memaafkan”.
Dikisahkan oleh
Syeikh Muhammad Ibnu Abdil Kabir Baqais: “Pada suatu kali ketika Habib
Umar menyeru perdamaian pada satu kabilah Arab dengan lemah-lembut, maka
mereka menolaknya dengan cara kasar sehingga beliau melemparkan
tasbihnya di antara mereka. Dengan kuasa Allah, tasbih itu berubah
seakan-akan menjadi ular besar yang merayap di antara mereka sehingga
mencari perlindungan di hadapan beliau. Maka mereka meminta maaf dari
Habib Umar dan menerima seruan perdamaian.
Disebutkan bahawa ada
seorang yang berhutang dan si pemberi hutang mengadukan masalah keduanya
kepada Habib Umar. Akhirnya setelah keduanya didamaikan oleh beliau,
maka yang memberi hutang bersedia memaafkan sebagian hutangnya asalkan
yang berhutang mau melunasi sebagiannya. Anehnya setelah keduanya keluar
dari tempat Habib Umar, maka yang memberi hutang mengingkari perjanjian
tadi sehingga yang berhutang memberitahukan Habib Umar. Maka Habib Umar
marah pada si pemberi hutang seraya berkata: “Nanti engkau akan terkena
penyakit dan akan terkena sengatan api sebanyak bilangan wang yang
engkau ingkari janji kemudian akan menjadikan engkau mati”. Nyatanya
ucapan Habib Umar itu dikabulkan Allah, akhirnya si pemberi hutang mati
setelah ia menderita sakit beberapa waktu.
Disebutkan juga bahawa
sebagian penduduk desa Huraidzah dipaksa menyerahkan tanah
perkebunannya kepada kaum penguasa. Maka penduduk desa itu meminta
bantuan dari Habib Umar untuk memaksa kaum penguasa itu agar membatalkan
tuntutan mereka kepada penduduk Huraidzah. Ketika para penguasa mau
menolak, maka Habib Umar mengancamnya akan mendoakan bagi mereka, maka
mereka terpaksa membatalkan tuntutan mereka.
Disebutkan ada dua
bersaudara pemilik kebun dari keluarga Ghanim yang berbuat zalim kepada
tetangganya tentang pengairan bagi kebunnya. Ketika kedua bersaudara itu
dilaporkan kepada Habib Umar, maka keduanya dinasihati agar memberikan
hak tetangganya, tetapi keduanya menolak bahkan menentang Habib Umar
dengan penuh kurang ajar sehingga Habib Umar berkata pada mereka:
“Kalian akan kami masukkan ke dalam lautan yang tiada bertepi”. Akibat
ucapan Habib Umar itu, maka salah satu dari kedua bersaudara itu ada
yang berubah akalnya sehingga ia menyerang saudaranya, dan saudaranya
ikut tak sadar sehingga keduanya saling hunus senjata tajam, akhirnya
keduanya saling menikam hingga keduanya mati secara tidak terhormat.
Habib Umar selalu berfikiran positif
Dikenal
oleh banyak orang bahawa Habib Umar selalu berfikiran positif dan
pendapatnya dapat dijadikan petunjuk yang baik. Beliau melihat dengan
mata hati. Karena itu banyak orang yang selalu mohon pendapat beliau.
Bagi yang mengikuti pendapat dan kebijaksanaan beliau, maka ia akan
senang. Sebaliknya bagi yang menyalahi pendapat beliau tidak sedikit
yang menyesal dan rugi. Di antara pendapat beliau yang memberi manfaat
adalah pendapat yang beliau berikan kepada Syeikh Muhammad ibnu Hussein
al-Huraidhi untuk menghafal al-Quran. Sedangkan ia telah lanjut usia
lalu diterimanya maka ia diberi kemudahan oleh Allah.
Di antara
pula pendapat beliau bagi Syeikh Muhammad al-Amiri an-Nahdi untuk
menanam pohon kurma di salah satu tempat yang bernama Dhahirah, tetapi
pendapat Habib Umar itu dianggap lemah oleh sebagian orang. Untungnya
Syeikh Muhammad al-Amiri menjalankannya, sehingga ia berhasil
mendapatkan untung besar.
Disebutkan bahawa Syeikh Abdullah ibnu
Said Bamika, pemilik masjid al-Aredh di kota Syibam termasuk salah satu
dari orang-orang saleh yang gemar beribadah dan menjalin persahabatan
yang erat dengan Habib Umar. Syeikh termasuk orang yang kaya, tetapi
pada suatu masa kejayaannya menurun sampai ia jadi miskin. Ketika ia
mengadukan kepada Habib Umar, maka beliau memberi petunjuk untuk
melakukan suatu amal kebajikan. Syeikh Abdullah mengerti maksud petunjuk
beliau itu, sehingga ia menggali sebuah sumur dan ia membangun sebuah
masjid di tempat itu. Setelah itu, ia melaporkan apa yang ia lakukan
kepada Habib Umar. Dengan restu Habib Umar, maka kekayaan Syeikh
Abdullah kembali seperti sediakala.
Ketika penduduk Syibam
bertanya kepada Habib Abdullah al-Haddad, mana yang bagus solat di
masjid Abdullah Bamika ataukah di masjid milik orang lain, maka Habib
Abdullah al-Haddad menganjurkan orang untuk solat di masjid Abdullah
Bamika sebab masjid tersebut dibangun atas petunjuk seorang wali Allah,
iaitu Habib Umar al-Attas.
Disebutkan juga bahawa ketika sebagian
dari penduduk dari suku Nahdi datang kepada Habib Umar tentang
lamanyamusim panas di desa mereka, sampai kebun-kebun kurma mereka
banyak yang kering. Habib Umar menganjurkan mereka untuk menetap
bersabar di desa mereka, mereka dilarang untuk pindah ke tempat lain,
semoga tidak lama Allah akan menurunkan hujan ke desa mereka. Akhirnya
dengan mengikuti petunjuk Habib Umar dengan tetap bersabar, maka tidak
lama kemudian Allah menurunkan air hujan bagi penduduk desa itu,
sehingga pengairan bagi kebun-kebun kurma mereka berjalan lancar lagi
seperti sediakala.
Disebutkan bahawa Syeikh Umar bin Ahmad
al-Hilabi al-Juaydi selalu berhubungan erat dan yakin sepenuhnya kepada
Ahbib Umar, dan tidak pernah menyalahi pendapat beliau. Karena itu Habib
Umar memohon kebaikan kepada Allah bagi Syeikh Umar al-Hilabi dan bagi
anak cucunya. Pada suatu kali ketika Syeikh Umar ini singgah di tempat
Habib Umar, maka ia disambut oleh beliau. Waktu itu baru menjelang musim
panen. Ketika ia minta izin untuk meninggalkan tempat Habib Umar, maka
beliau berkata: “Hai Umar, jika engkau sampai di desamu, maka panenlah
dan ambillah hasil pohon kurmamu”.
Petunjuk Habib Umar itu
dilaksanakan sebaik-baiknya oleh Syeikh Umar tanpa ragu-ragu lagi karena
kuatnya itikadnya terhadap Habib Umar, padahal bila panen sekarang,
maka hasilnya akan berkurang sampai penduduk desanya menegur dengan
keras, bahkan di antara mereka ada yang menganggap Syeikh Umar sudah
gila, untungnya ia tetap menghargai petunjuk Habib Umar.
Tidak
lama kemudian ketika pasukan belalang menyerbu pohon-pohon kurma
penduduk desa itu, semua hasil yang akan dipanen oleh penduduk desa itu
rosak sehingga mereka menyesali nasib mereka karena tidak mendapat hasil
panen kurma pada musim panen itu, sedangkan Syeikh Umar telah memetik
hasilnya sebelum pasukan belalang menyerbu tanamannya. Maka mereka sadar
akan rahasia petunjuk Habib Umar dan faedah mengikuti pendapatnya.
Disebutkan
bahawa putra Syeikh Abdullah bin Muhammad bin Ahmad bin Afif sering ke
desa Huraidzah untuk mengunjungi Habib Umar, karena ayah mereka adalah
kawan dekat Habib Umar.
Pada suatu kali, Syeikh Ma’ruf, putra
Syeikh Abdullah menginap di rumah Habib Umar sebelum beberapa hari, ia
tidak mau ke tempat lain kecuali jika sudah mendapat izin dari Habib
Umar.
Suatu hari ketika Syeikh Ma’ruf minta izin akan pulang,
maka Habib Umar tidak mengizinkannya, setelah beberapa waktu ia minta
pamit lagi, tetapi Habib Umar menolaknya, tetapi ia minta secara
berkali-kali agar ia diberi izin. Setelah ia agak memaksa, maka Habib
Umar berkata: “Kami menahan anda untuk pulang agar anda terhindar dari
tuduhan pencuria yang akan terjadi dituduhkan penduduk desamu kepada
saudara-saudaramu dan keluargamu”. Maka apa yang dikatakan oleh Habib
Umar itu memang terjadi, sehingga Syeikh Ma’ruf terhindar dari tuduhan
pencurian. Tetapi tidak lamapun tuduhan pencurian itu ditarik oleh
penduduk desa Hajraian, karena pencuri yang sebenarnya dapat segera
ditangkap.
Pada suatu hari ketika beliau berkumpul dengan
tokoh-tokoh masyarakat dari kaumnya, maka beliau menasihati mereka untuk
segera memperbaiki saluran-saluran air yang dipergunakan untuk mengairi
kebun kurma mereka. Nasihat Habib Umar ini dilaksanakan oleh kaumnya
meskipun bulan itu adalah bulan suci Ramadhan. Kebetulan setelah mereka
selesai mengerjakannya, mereka pulang, maka tidak lama kemudian datang
banjir, sehingga airnya melimpah ruah di tempat-tempat penampungan air
yang telah mereka perbaiki.
Disebutkan pula bahawa pada suatu
hari musim panas dan di mana paceklik yang luar biasa, tiba-tiba ada
seorang lelaki yang sudah lanjut usia minta izin untuk ke Yaman. Ia
telah menyimpan bekal makanan di rumahnya, tidak seorang pun yang tahu
apa yang ia telah lakukan. Kata Habib Umar: “Mengapa engkau sore ini
akan melakukan perjalanan ke tempat yang amat jauh dan perjalanannya pun
amat berbahaya, padahal engkau masih menyimpan sejumlah bahan makanan
di tempat yang amat rahasia sehingga tidak seorangpun yang mengetahuinya
selain Allah”.
Setelah mendengar nasihat dan pertanyaan dari
Habib Umar, maka orang tua itu mengurungkan niatnya. Tidak lama dari
kejadian itu, maka ia sakit dan wafat, sehingga sejumlah bahan makanan
yang ia sembunyikan itu jadi hidangan para pelawat jenazah orang tua
itu.
Sikap Habib Umar tehadap kaum penguasa
Habib Umar
dikenal sebagai seorang yang tidak merasa takut terhadap kaum penguasa.
Beliau suka menasihati mereka meskipun nasihat beliau adakalanya
dirasakan pahit oleh kaum penguasa. Dan beliau selalu menolak pemberian
maupun hidangan mereka, sampaipun kayu bakar dari mereka beliau tidak
mau menggunakannya.
Pada suatu hari, ketika utusan Sultan Badar
al-Katsiri memberitahu bahawa Sultan Badar akan mengunjungi beliau di
Huraidzah, maka beliau memberitahukan bahawa beliau yang akan mendatangi
Sultan di mana ia berada, karena itu beliau minta akan Sultan tetap
berada di mana ia sekarang berada. Kemudian Habib Umar segera berangkat
dan beliau menyuruh pelayannya untuk membawa kopi, kayu bakar dan api,
yang mana kopi itu untuk beliau minum di tempat Sultan, sebab beliau
tidak mau minum apapun dari milik Sultan atau milik kaum penguasa.
Setelah
beliau berhadapan dengan Sultan Badar, maka beliau memberinya
nasihat-nasihat yang berguna mengenai dunia dan akhiratnya. Pada saat
itu, Sultan Badar menyuruh pelayannya membuat kopi yang dicampur dengan
madu dan diminta untuk dihidangkan kepada Habib Umar dan rombongannya.
Setelah dimasak dalam waktu yang lama, maka Sultan menyuruh pembantunya
untuk segera menyuguhkannya ke hadapan Habib Umar. Ketika si pembantu
melihat ke dalam tempat air yang sedang dimasak, ia menjadi terkejut
sebab di tempat air itu, air dan madunya tidak ada sehingga ia segera
melapor kepada Sultan Badar. Laporan dari si pembantu itu menjadikan
Sultan Badar menyadari bahawa Habib Umar sangat tingi rasa wara’nya dan
ia merasa bahawa air kopi itu habis dikarenakan besarnya karomah beliau.
Akhirnya Sultan Badar segera minta maaf kepada Habib Umar. Kata Sultan
Badar: “Mengapa anda sampai kami ajak minum secangkir kopi dari kami
saja anda tidak mau?” Jawab Habib Umar: “Memang, kalau kami tidak
menjaga diri, tentunya kami tak akan dapat berbuat seperti itu”.
Biasanya
jika penguasa minta pendapat dari Habib Umar, maka beliau memberi
pendapat yang sejujurnya, walaupun pendapat beliau itu dirasa tidak
menyenangkan hatinya.
Disebutkan ketika ada seorang penguasa di
Hadramaut berkata kepada Habib Umar: “Kami selalu mengingatimu dan
mengharap doamu wahai Habib Umar”.
Jawab Habib Umar: “Kami tidak
takut kalian akan terkena gangguan dari warga barat dan timur, kecuali
jika ada seorang yang teraniaya hak-haknya yang berdoa, sebab doa orang
yang teraniaya akan segera dikabulkan oleh Allah. Di saat itu doaku tak
dapat berguna bagi kalian”.
Habib Umar al-Attas dikenal sebagai
seorang yang tidak mau menerima pemberian apapun bentuknya dari kaum
penguasa. Meskipun demikian setiap hadiah yang diberikan kepada Habib
Umar maka beliau menerimanya dengan penuh karomah selanjutnya beliau
memberikannya lagi kepada yang memberinya dengan cara yang penuh hormat
sehingga yang memberi tidak merasa tersinggung atau disedekahkan kepada
fakir miskin.
Habib Umar sangat memperhatikan kepada para pengikutnya yang mencintainya
Keterkaitan
perasaan Habib Umar terhadap pengikut-pengikutnya yang mencintainya
amat besar. Tentang masalah ini banyak dikenal orang.
Di
antaranya adalah sebagaimana yang dikisahkan oleh Syeikh Muhammad ibnu
Ahmad Bamasymus berikut ini: “Waktu aku masih kecil, aku sempat menempuh
perjalanan di padang pasir yang amat luas dan tandus bersama sekelompok
rombongan. Ketika kami tiba di suatu tempat yang tidak ada airnya, maka
kami merasa sangat haus, sehingga rombongan kami melarikan diri dan aku
ditinggalkan seorang diri di tengah padang pasir yang tandus tidak
dapat menyusul mereka. Kemudian tidak lama aku mendapatkan sebuah mata
air sehingga aku minum airnya dengan sepuas-puasnya. Aku kira mata air
itu adalah mata air lama yang biasa diambil airnya, kemudian aku
melanjutkan perjalananku dan aku mendapatkan orang-orang yang
meninggalkan aku tadi sedang berebut minum air di suatu mata air.
Kemudian mereka merebahkan diri karena lelah dan haus. Ketika mereka
melihat aku datang maka mereka menyilahkan aku minum di mata air itu,
tetapi aku katakan bahawa aku telah minum di suatu mata air yang tadi
kalian telah melewatinya. Mereka merasa heran akan perkataanku karena
mereka merasa bahawa tidak mendapati mata air selain dari tempat mereka
berada di saat itu. Setelah aku dewasa, ketika aku bertemu dengan Habib
Umar, maka beliau bertanya kepadaku: “Wahai Muhammad, ingatkah engkau
ketika engkau berada di suatu tempat yang tandus dan engkau hampir mati
dari kehausan, maka engkau segera mendapati mata air dan engkau meminum
sepuas-puasnya?” Ucapan Habib Umar itu mengingatkan aku bahwa hal itu
suatu karomah dari beliau”.
Disebutkan Syeikh Muhammad Bamasymus
juga bahawa pada suatu hari ketika kami dan Syeikh Ali Baras dan
rombongannya berkunjung ke desa Habib Umar di Huraidzah, maka beliau
menyuruh kami untuk meneruskan perjalanan ke bagian bawah Hadramaut.
Ketika kami tiba di kota Tarim, aku menderita sakit hingga tidak dapat
mengikuti rombongan Syeikh Ali Baras. Lalu ia menyuruh , maka sewaktu
aku sampai di desa Dhibiy, bertambah keras sakitku sampai aku pengsan.
Di malam hari ketika aku dalam keadaan sakit-sakitan, aku mendengar
Habib Umar sedang berdehem di rumahnya di Huraidzah sedangkan aku
sekarang di Wadi Dhibi. Maka di saat itu hilanglah pengikutku dan
kesihatanku telah pulih kembali. Hal itu tidak lain dikarenakan
kekeramatan beliau.
Dikisahkan oleh Syeikh Salim ibnu Abdul Qawi
bahawa ayahnya yang bernama Abdul Qawi bin Muhammad Baqais, bahawa pada
suatu hari Syeikh Abdul Qawi berjalan di suatu pergunungan bersama
seorang kawannya. Ketika keduanya akan naik ke atas, maka keduanya
mencari jalan yang dilewati agar dapat sampai ke atas. Singkat katanya,
keduanya mendapati satu jalan sempit ke arah atas. Jalan itu hanya dapat
dilewati seorang saja. Ketika kawannya naik lebih dahulu, tiba-tiba
satu batu besar jatuh ke bawah. Kebetulan pada waktu itu Syeikh Abdul
Qawi sedang naik ke atas sehingga batu besar yang melewati jalan yang
sempit itu sehingga Syeikh Abdul Qawi merasa terancam dan ia terkejut.
Untung pada saat itu ia ingat kepada Habib Umar sehingga ia berteriak
memanggil nama Habib Umar al-Attas. Dengan izin Allah, maka batu itu
sudah berada di belakangnya sampai ia terhindar. Tentunya kejadian itu
adalah sebagai bukti adanya pertolongan Allah dan adanya kekeramatan
Habib Umar al-Attas.
Disebutkan bahawa Syeikh Salmin ibnu Umar
dan kawan-kawannya pergi ke Yaman. Mereka naik kuda. Syeikh Salmin
dikenal sebagai penunggang yang mahir. Ketika rombongan melewati suatu
pantai, tiba-tiba kuda yang ditunggangi Syeikh Salmin berjalan di tepi
laut. Kebetulan di saat itu ada gelombang yang menerjang kuda Syeikh
Salmin, hingga kudanya Syeikh Salmin terseret ke tengah laut sampai
kawan-kawannya sangat menyesalkan keadaan kawannya yang terseret ke
tengah lautan itu. Mereka tidak dapat memberikan bantuan sedikitpun pada
Syeikh Salmin. Kebetulan Syeikh Salmin yang sedang menghadapi maut itu
ingat kepada Habib Umar sehingga ia berteriak menyebut nama Habib Umar
dan ia bernazar jika ia diselamatkan Allah dari bahaya maut itu, maka ia
akan memberikan harga kuda itu kepada Habib Umar. Dengan rahmat Allah,
maka ia seolah-olah diselamatkan oleh seseorang yang sedang naik seekor
kuda. Setelah ia selamat, maka ia menaiki kudanya yang tadi ikut
terseret ke tengah lautan itu. Tidak lamapun ia dapat mengejar
kawan-kawannya hingga mereka tercengan dan merasa gembira. Maka ia
menceritakan apa saja yang ia dapati dan iapun memenuhi nazarnya bagi
Habib Umar.
Disebutkan juga bahawa Muhammad ibnu Hushin
al-Huraidhi yang pernah diajarkan oleh Habib Umar al-Attas untuk
menghafalkan Al-Quran meskipun usia sudah lanjut, dengan keyakinannya,
maka ia melakukan anjuran Habib Umar dan akhirnya ia dapat menghafal
Al-Quran di luar kepala.
Pada suatu hari, Muhammmad ibnu Hushin
al-Huraidhi ini bergadang bersama teman-temannya. Kebetulan pada waktu
itu sedang musim belalang yang merosak tanaman. Mereka sepakat untuk
membakar belalang mulai dari sarangnya yang ada di suatu gua di tempat
yang bernama Gorgodah sebelah utara desa Huraidzah. Pada malam itu,
mereka keluar dengan membawa api dan pelepah-pelepah pohon kurma menuju
gua yang dimaksud. Sesampainya di dalam gua dari obor seorang di antara
mereka menimbulkan api membara di tempat sekitarnya. Nampaknya api itu
dianggap remeh oleh mereka, karena itu mereka tidak memperdulikannya.
Setelah api makin membesar maka mereka tidak mendapat jalan keluar dari
gua itu sehingga mereka yakin bahawa mereka akan binasa. Maka di saat
itu mereka teringat terhadap Habib Umar, kemudian mereka memohon ampun
kepada Allah dengan bertawasul kepada Habib Umar. Maka dengan balas
kasih Allah salah satu dari celah gua itu terbuka sehingga terbentang
jalan keluar bagi mereka dari gua itu. Itula salah satu dari kesekian
cerita dari kekeramatan Habib Umar. Kata Habib Ali ibnu Hasan al-Attas: ”
Kisah yang dialami Muhammad ibnu Hushin dan kawan-kawannya di dalam gua
itu sangat mirip dengan kisah 3 lelaki Bani Israel yang terjebak dalam
gua seperti yang disebutkan di dalam Hadith Bukhari”. Bahkan keadaan ini
lebih menakutkan.
Kasih sayang Habib Umar terhadap binatang
Habib
Umar amat sayang kepada binatang. Hal itu terlihat dari
kejadian-kejadian berikut ini. Disebutkan beliau bila masuk ke rumahnya,
maka ia minta diambilkan sejumlah makanan yang dimiliki keluarganya
demi untuk keledainya yang baru beliau tunggangi.
Disebutkan juga
bahawa Habib Umar melarang Syeikh Salim al-Junaid untuk memukul
keledainya yang mogok di suatu tempat yang amat panas. Beliau suruh
Syeikh Salim untuk mengangkat leher keledainya dan Habib Umar ikut
membantunya. Meskipun keledainya itu mogok berkali-kali, tetapi Habib
Umar tetap melarang Syeikh Salim untuk memukulnya.
Pada suatu
kali, ada seorang dari Lahrum yang membawa ternaknya dengan memukuli
ternaknya dengan keras. Maka ia datang kepada Habib Umar. Ketika ia
hendak berjabat tangan dengan Habib Umar, maka Habib Umar menolak
berjabat tangan dengannya. Jawab Habib Umar: “Aku tidak mau berjabat
tangan denganmu karena tanganku sakit”. Maka orang tadi bertanya:
“Karena apa?” Jawab beliau: “Dari sakitnya pukulan tersebut ketika
engkau memukuli binatang-binatang ternakmu tadi”. Ketika orang itu minta
maaf kepada Habib Umar maka beliau menasihatinya dengan keras agar ia
tidak mengulangi perbuatannya itu.
Gangguan-gangguan yang menimpa Habib Umar al-Attas
Seorang
yang mempunyai tugas sebagai Da’i sekaligus penegak kebenaran, maka
gangguan-gangguannya tidak sedikit, bahkan beliau mendengar seorang yang
berkata kepada beliau: “Alangkah enaknya anda wahai Habib Umar, sebab
seorang semacam anda tidak akan ada orang yang berani membenci anda”.
Maka beliau berkata: “Katakan kalimat Lailaaha illallah sebanyak
orang-orang yang membenci Habib Umar”. Hal ini menunjukkan akan
banyaknya orang-orang yang memusuhi beliau.
Orang-orang yang
mengganggu dan menyakiti Habib Umar itu bukan sahaja dari orang-orang
luar, tapi dari orang dalam rumah beliau sendiri, iaitu dari isteri
beliau sendiri. Adapun ceritanya sebagai berikut:
Pada suatu malam
anda serombongan tamu datang ke rumah Habib Umar. Maka beliau
membangunkan isterinya dan menyuruhnya membuatkan makanan malam bagi
tamu-tamu beliau, tetapi isteri beliau menolaknya. Habib Umar memintanya
dengan lemah lembut tetapi isteri beliau tetap menolaknya. Akhirnya
Habib Umar terpaksa keluar rumah tetangganya minta tolong agar isterinya
memasak buat makan malam tamu-tamu beliau. Maka isteri tetangga itu
berkenan membuatkan makan malam bagi tamu-tamu Habib Umar.
Yang
menyakitkan Habib Umar tidak saja terjadi semasa Habib Umar masih hidup,
tetapi setelah beliau wafatpun, tidak sedikit yang menghasut dan
mencaci-maki beliau. Anehnya setelah orang-orang yang menghasut itu
melihat kekeramatan Habib Umar, maka baru mereka menyesal dan mengakui
besarnya kekeramatan beliau.
Isteri-isteri Habib Umar al-Attas
Menurut
berita yang dapat dipercaya disebutkan bahwa Habib Umar pernah menikah
dengan tiga belas orang wanita. Ada lapan wanita yang sempat memberi
anak bagi beliau, sedangkan yang lima orang tidak sempat memberi anak
bagi beliau.
Adapun isteri-isteri beliau yang sempat memberi anak bagi Habib Umar adalah:
- Sultonah binti Umar bin Reba’ sempat memberi dua anak bagi beliau, iaitu Salim dan Musyayakh.
-
Aliyah binti Rasam. Ia dari keluarga Isa bin Abdillah al-Abdali. Ia
sempat memberi tiga putera, iaitu Hussein, Abdurrahman dan Ali.
- Putri Mubarak bin Jamil Baras. Ia sempat memberi seorang putra iaitu Muhsin.
- Ruqoqah binti Ali Ba’isa. Ia sempat memberi dua putra iaitu Syeikh dan Abdullah dan seorang putri iaitu Syaikha.
- Fatimah binti Abdullah al-Masawa. Ia sempat memberi dua orang putri iaitu Alwiyah dan Asma’
- Habsyiyah dari keluarga Ghanim. Wanita ini sempat memberi seorang putri yang bernama Fatimah.
- Fatimah binti Umar bin Sulaiman al-Amiri an-Nahdi. Ia sempat memberi anak perempuan iaitu Salma.
-
seorang wanita dari Hautoh Zubdah. Ia memberi seorang anak yang bernama
Syeikh al-Albar. Putra beliau yang satu ini wafat di waktu kecil, ia
dimakamkan di sebelah kubur Syeikha Sulthonah.
Adapun isteri-isteri beliau yang tidak sempat memberi anak:
Seorang
wanita dari keluarga Basurah Baalwi dari Hainan. Beliau mengahwini
wanita ini sebab wanita ini mengalami terlambat kawin.
Seorang wanita dari desa Huraidzah, ia bernama Solahah. Beliau mengahwinnya tepat diawal beliau di desa Huraidzah.
Beliau sempat menikah dengan dua orang wanita dari keluarga Bajabir dari Andal.
Beliau pernah menikah dengan seorang wanita dari Manwab.
Ketika
Habib Umar berkunjung ke desa Qaydun untuk mengunjungi Syeikh Said bin
Isa al-Amudi maka beliau sempat melamar putri Habib Abu Bakar bin
Muhammad Bafaqih. Lamaran beliau diterima oleh Habib Abu Bakar. Dengan
ini, maka terjadilah hubungan yang sangat erat antara dua tokoh ini,
hanya saja tidak sampai jadi perkahwinan.
Anak-anak Habib Umar
Jumlah
anak-anak Habib Umar ada 14 orang, 9 anak-anak lelaki, 5 anak-anak
perempuan. Adapun anak-anak lelaki beliau adalah: Salim, Musyayakh,
Hussein, Abdurrahman, Ali, Syeikh al-Albar, Muhsin, Syeikh dan Abdullah.
Adapun anak-anak perempuan beliau adalah: Syeikha, Alwiyah, Fatimah, Asma’ dan Salma.
Selain itu, beliau masih mempunyai banyak anak-anak lelaki dan perempuan yang wafat di waktu kecil.
Di
antara anak-anak lelaki beliau yang menurunkan anak cucu adalah: Salim,
Hussein, Abdurrahman, Syeikh dan Abdullah. Sedangkan anak-anak beliau
yang lain tidak mempunyai anak.
Isyarat tentang dekatnya ajal beliau
Disebutkan
bahawa Habib Umar al-Attas pernah memberitahukan dekatnya ajalnya,
adakalanya pemberitahuan itu berupa isyarat-isyarat yang dapat
dimengeti, tetapi ada pula yang terang-terangan. Disebutkan bahwa ketika
beliau ditanya oleh seorang pada umur berapa beliau akan wafat, maka
beliau mengisyaratkan pada usia 80 tahun. Kenyataannya memang demikian.
Berita tersebut pernah disampaikan oleh Habib Abdullah, putra beliau.
Disebutkan
pula, ketika beliau bertemu dengan tokoh-tokoh Ba’alawi sepert habib
Abdullah al-Haddad, Habib Ahmad bin Hashim dan Habib Isa bin Muhammad
al-Habsyi di desa Sad’beh. beliau sempat memberi pesan-pesan terakhir
bagi mereka dan beliau mengatakan: “Mungkin saat ini adalah pertemuan
terakhir dengan kalian di dunia, aku akan menemui kalian kelak”.
Kemudian beliau meninggalkan desa Sad’beh menuju desa Nafhun. Tidak lama
setelah beliau tiba di desa Nafhun, beliau wafat.
Di akhir hayat
beliau, ketika beliau solat Jum’at di masjid desa Nafhun, maka beliau
duduk di depan pintu masjid sebagaimana tertera di atas. Beliau memberi
nasihat-nasihat yang baik bagi pengikut-pengikutnya, kemudian beliau
bertanya kepada mereka: “Bukankah aku telah menyampaikan pesan-pesan
Allah ini?” Jawab pengikut-pengikut beliau: “Ya”. Kemudian beliau
berkata: “Ya Allah, saksikanlah ucapan mereka, sesungguhnya Engkau
sebaik-baik yang menyaksikan”. Setelah mendengar ucapan beliau yang
terakhir itu, salah seorang pengikut beliau ada yang berkata kepada
putra beliau, Habib Hussein: “Ucapan ayahmu yang terakhir ini
mengisyaratkan bahawa beliau akan meninggalkan kita, lalu memberikan
bela sungkawa terhadap Habib Hussein”.
Awal sakit beliau
Disebutkan
oleh Habib Isa bin Muhammad al-Habsyi, bahawa ketika beliau berkunjung
ke tempat Habib Umar beserta murid-muridnya ke Huraidah tetapi Habib
Umar berada di Sahrun. Habib Isa tidak diperkenankan masuk ke tempat
Habib Umar dan beliau menyuruh untuk menunggu. Demikian pula ketika
al-Habib Ahmad bin Hasyim al-Habsyi tiba di tempat itu dan ingin
berkunjung Habib Umar, maka beliau pun ditolak menemui Habib Umar,
sebelum diizinkan oleh beliau. Pada hari itu juga al-Habib Abdullah
al-Haddad tiba bersama-sama murid-muridnya di tempat itu dan beliau
disuruh menunggu di tempat itu.
Tidak lama kemudian Habib Umar
menemui ketiga tokoh Ba’alawi itu bersama rombongannya secara singkat.
Dalam pertemuan itu, beliau berdo’a dan beliau memberi libas kepadanya
mengajak membaca surat al-Fatihah. Kemudian beliau berkata: “Hari ini
adalah hari pertemuan terakhir di dunia ini, semoga kita dapat bertemu
lagi di sisi Allah”. Kemudian Habib Umar menyuruh kepada Habib Abdullah
al-Haddad untuk pergi ke Haynan dan Habib Ahmad bin Hasyim untuk pergi
ke Hajrain dan beliau juga memberikan libas kepadanya. Sedangkan Habib
Isa bin Muhammad diajak ke desa Huraidzah bersama beliau. Setelah
keduanya tiba di desa Andal maka keduanya menghadiri majlis pembacaan
Maulud Nabi S.A.W. Selanjutnya pada keesokan harinya sewaktu sampai di
desa Hunfur, Habib Isa diperintahkan ke desanya dan selanjutnya diminta
pada malam Khamis untuk pergi ke desa Nafhun. Kata Habib Isa: “Aku tiba
di desa Nafhun pada malam Khamis dan aku dapatkan putra-putra Habib Umar
dan kawan-kawan serta murid-muridnya yang datang dari pelbagai tempat
sedang berkumpul dengan beliau”.
Di waktu menjelang saat wafatnya Habib Umar, beliau mengulang-ulang mengucapkan bait puisi:
“Wajah kekasihku adalah tatapanku, aku senantiasa menghadapkan wajahku kepada-Nya,
cukuplah
dia sebagai kiblatku dan aku pun pasrah diri kepada-Nya”. Kedua bait
puisi di atas adalah ucapan Habib Abu Bakar bin Abdullah al-Aidrus
al-Adni.
Al-Habib Hussein bin Umar al-Attas: “Ketika saat
menjelang kewafatannya, ayahku mengulang-ulangi bait-bait puisi al-Faqih
Umar Bamahramah:
“Jika bukan dikarenakan besarnya harapan kepada
Allah dan berkeyakinan yang baik terhadap orang-orang yang menghiasi
masjid dengan yang selalu menghadiri solat berjamaah, tentunya tak
seorangpun di antara kami yang mengharapkan kesenangan pada sisia umur,
sebab beristirehat di perkuburan adalah lebih baik dan lebih bermanfaat
dari hidup di dunia, berada di antara orang-orang yang suka berbuat
fitnah dan suka menghasut”.
Dikatakan pula oleh al-Habib Hussein bahawa sebelum tiba saat kewafatannya, Habib Umar sempat mengulang firman Allah:
“Katakan,
hai hamba-hamba-Ku yang telah menzalimi dirinya, janganlah kalia
berputus-asa dari rahmat Allah, sesungguhnya Allah berkenan memberi
ampun seluruh dosa-dosa, sesungguhnya Dia Maha Pemberi Ampun dan Maha
Penyayang”.
Dikatakan pula bahawa Habib Umar sering membaca surat
al-Fatihah kemudian beliau mengusap tangannya ke wajahnya. aku pernah
bertanya kepada beliau: “Mengapa aku sering melihatmu membaca al-Fatihah
kemudian engkau mengusapkan tanganmu ke wajahmu?” Jawab Habib Umar:
“Kira-kira mengapa aku melakukan hal itu?” Kata Habib Hussein: “Aku
tidak tahu”. Kata Habib Umar: “Apa yang dikatakan orang banyak?” Jawab
Habib Hussein: “Mereka sering mengeluh tentang kesulitan mereka”. Kata
Habib Umar: “Sesungguhnya aku memperbanyak membaca al-Fatihah dengan
harapan semoga mereka dijauhkan dari segala bencana dan diberi
kebahagian sebab mereka peru diperhatikan”.
Kata al-Habib Hussein
bin Umar: “Selama dalam sakitnya, ayahku sering tidak sedarkan diri.
Jika beliau sadar, maka beliau sering menanyakan keadaan para sesepuh
ulama yang ada beliau. Ketika beliau ditanya tentang dimanakah beliau
harus dikuburkan, maka beliau berkata: “Mohonlah petunjuk kepada Allah,
nanti Allah memberi petunjuk kepadamu”. Nyatanya setelah beliau wafat,
maka banyak pertolongan-pertolongan yang datangnya dari berbagai tempat.
Sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir, beliau berwasiat
kepada kami: “Perhatikanlah keadaan agama kalian, hendaknya kalian
saling tolong-menolong dan bersabar, sebab besabar akan memberi hasil
yang memuaskan”. Di saat itu pula beliau berdo’a memohonkan pertolongan
bagi orang-orang Islam agar diberi kesabaran bila mereka berpisah dengan
beliau”.
Di saat yang sekrisis itu, beliau bertanya tentang
muridnya Syeikh Abbas bin Abdillah Bahafash, apakah ia sudah datang dari
desa Huraidzah, sebab beliau minta dimandikan oleh Syeikh Abbas.
Untungnya Syeikh Abbas tiba di malam harinya sebelum beliau wafat,
sehingga beliau bergembira atas kedatangannya.
Ketika sedang
menghadapi saat-saat terakhir, maka beliau menyuruh orang-orang yang ada
di sekitarnya untuk berzikir di sisinya dengan suara keras, sehingga
terdengar seperti gaungnya Tawon. Beliau menghembuskan nafas terakhir
dengan keadaan berzikir dan diiringi dengan suara zikir dari orang-orang
yang ada di sekitarnya.
Sebelum beliau menghembuskan nafasnya
yang terakhir, beliau minta diwudhui. Maka Syeikh Abbas bin Bahafash
mewudhui beliau. Ketika Syeikh Abbas lupa menyela-nyela janggut beliau,
maka beliau mengingatkannya dengan gerakan tangan sebab pada waktu itu
beliau sudah tak dapat berkata-kata, tentunya hal itu ada sebagai
petanda bahawa beliau selalu mengikuti jejak sunnah Rasulullah S.A.W.
Sekalipun di saat yang sangat krisis.
Di saat itu, salah seorang
murid beliau yang menyebut-nyebut kalimah Laa Ilaaha Illallah di sebelah
telinga beliau sebagaimana yang disunnahkan Rasulullah S.A.W. meskipun
orang itu telah diberitahu bahawa perbuatan semacam itu tidak perlu
dilakukan terhadap Habib Umar yang telah menjadikan kalimat zikir telah
menyatu dengan darah dan dagingnya.
Habib Umar menghembuskan
nafasnya yang terakhir di tengah malam , iaitu malam Khamis tanggal 23
Rabi’ul Akhir 1072H. Wafatnya Habib Umar membuat murid-murid dan
pengikut beliau sedih yang sangat mendalam baik kecil maupun besar.
Beliau wafat di desa Nafhun , tetapi jenazah beliau dimakamkan di desa
Huraidzah pada hari Khamis sore. Para pelawat jenazah beliau mengadakan
pembacaan al-Quran dan mengkhatamkannya berkali-kali dan hal itu
berlangsung lapan hari di sisi kubur beliau. Hal itu menunjukkan betapa
besarnya karomah beliau. Tepat pada dikuburkannya Habib Umar, suasana di
desa itu diliputi mendung dan hujan. Kepergian Habib Umar banya
membangkitkan keinginan para penyair untuk menuangkan duka-cita mereka
dalam bait-bait puisi yang indah. Di antara puisi al-Faqih Umar bin
Qadim.
Beberapa mimpi tentang keadaan Habib Umar setelah beliau wafat
Tepat
di malam wafatnya Habib Umar al-Attas, salah seorang saleh dari
keluarga Ba’alawi di Tarim bermimpi seolah-olah bulan dan matahari
terjatuh di tanah keluarga Ba’alawi, nyatanya ia mendengar khabar
tentang wafatnya Habib Umar.
Disebutkan oleh Syeikh Abdullah bin
Syeikh Ali bin Abdullah Baras, katanya ketika Syeikh Ali telah wafat,
maka Syeikh Muhammad bin Ahmad Bamasymus mimpi bertemu dengan Syeikh Ali
Baras dan ia bertanya kepadanya: “Di manakah engkau bertemu dengan
Habib Umar?” Jawab Syeikh Ali Baras: “Aku sempat berjabatan tangan
dengan Habib Umar di dekat Arasy Tuhan”.
Disebutkan oleh seorang
keluarga Bawazir, bahwa ia bermimpi di suatu malam seolah-olah hari
kiamat telah tiba. Pada saat itu seolah-olah manusia sedang berkumpul di
padang Mahsyar, jumlah mereka amat banyak. Ketika mereka sedang berada
di tengah-tengah padang Mahsyar, tiba-tiba ada api di bawah Hadraumaut,
sedangkan Malaikat menggiring manusia dengan besi yang amat panjang.
Ketika orang-orang itu melihat api dan rantai yang panjang, maka mereka
berlarian ke sebuah tempat di Wadi Amed, maka aku lihat ada cahaya turun
dari langit seperti awan putih yang mengumpal. Ketika aku tanyakan:
“Apa kejadian ini?” Maka dikatakan: “Ini adalah cahaya Tuhan Yang Maha
Mulia yang hendak menghakimi manusia di padang Mahsyar. Di saat itu aku
lihat Habib Umar berdiri di bawah pancaran cahaya itu, sedangkan
Malaikat Ridwan berada di sebelah kanan beliau. Demikian pula Malaikat
Malik hadir dengan wajah yang seram. Kemudian aku lihat Habib Umar
memohon syafaat kepada Allah bagi umat Muhammad S.A.W: “Wahai Tuhan
kami, mereka adalah umat Muhammad S.A.W, mereka datang kepada Engkau
dengan menyaksikan bahawa tiada Tuhan selain Allah dan menyaksikan
bahawa Muhammad utusan Allah, mereka mendirikan solat, membayar zakat,
berpuasa Ramadhan, beribadah Haji, bersedekah, menyambung tali
kekerabatan, menegakkan Amar Ma’ruf dan Nahi Munkar, menjauhi
perbuatan-perbuatan maksiat, karena takut kepada-Mu. Jika Engkau seksa
mereka, maka mereka adalah hamba-hamba-Mu, dan jika Engkau mengampuni
mereka, maka Engkau Maha Mulia lagi Maha Bijaksana. Ucapan Habib Umar
itu dibantah oleh Malaikat Malik: “Wahai Tuhan kami, mereka tidak
seperti yang dikatakan oleh Habib Umar. Mereka meninggalkan solat, tidak
mau bayar zakat, tidak berpuasa dan tidak berhaji, dan mereka selalu
melanggar larangan-larangan-Mu. Habib Umar mengulangi permohonannya
sekali lagi dan Malaikat Malik pun mengulangi bantahannya pula, sampai
akhirnya Allah berfirman: “Demi kemuliaan-Ku, Aku terima permohonan
Habib Umar dan Aku berkenan mengampuni mereka”. Allah berfirman: “Wahai
Malaikat Ridwan, bukalah pintu Syurga dan ajaklah mereka masuk ke
dalamnya”. Maka Malaikat Ridwan bangkit dan bergembira dan melaksanakan
perintah Allah kepadanya. Sedangkan Malaikat Malik terlihat amat geram.
kata orang yang bermimpi itu: “Pada saat itu, seolah-olah aku berdiri
bersama mereka dengan memegangi baju Habib Umar dan aku merasa amat
takut sehingga aku berkata kepada Habib Umar: “Wahai Habib Umar,
bicaralah kepada Malaikat Ridwan agar aku dimasukkan Syurga bersamanya”.
Kata Habib Umar: “Pergilah engkau bersama mereka ke dalam Syurga kerana
permohonanku telah diterima oleh Allah bagi uma ini”. Kataku:
“Bicarakanlah dengan Malaikat Ridwan untuk membawa ke dalam Syurga,
sebab aku takut dengan dosa-dosaku yang amat banyak”. Kata Habib Umar:
“Wahai Malaikat Ridwan, bawalah orang ini ke dalam Syurga”. Jawab
Malaikat Ridwan: “Biarkan ia pergi bersama”. Ketika Malaikat Ridwan
memegangi tanganku dan mengajakku ke dalam Syurga, maka aku terbangun
karena terasa amat senang”.
Kata-kata mutiara dari Habib Umar al-Attas
Habib
Umar pernah berkata: “Perhatikan kebiasaan baik yang engkau inginkan,
wafat dalam kebiasaan itu, karena itu tetaplah engkau dalam kebiasaan
seperti itu, dan perhatikanlah kebiasaan buruk yang tidak engkau
inginkan wafat dalam kebiasaan seperti itu, kerana itu jauhilah
kebiasaan itu”.
Habib Umar berkata: “Jika engkau melihat seorang selalu berkelakuan baik, maka yakinlah engka orang itu teguh agamanya”.
Habib
Umar berkata: “Sumber-sumber ilmu tidak akan berkurang sedikitpun dari
generasi terkemudian, akan tetapi pada umumnya mereka datang dengan
membawa wadah yang bocor, sehingga tidak memperoleh ilmu kecuali
sedikit.”
Habib Umar berkata: “Sebagian orang yang datang dengan
membawa benjana yang dapat mencukupinya dalam waktu sebulan, ada yang
mencukupinya hanya 8 hari, ada juga yang mencukupinya sehari, tetapi ada
juga yang dapat mencukupinya sepanjang hidupnya”.
Ketika beliau mendengar sabda Nabi S.A.W:
“Seseorang
adakalanya beramal kebajikan-kebajikan sampai antara ia dengan Syurga
hanya tinggal sejengkal, tetapi dalam ketentuan Illahi, ia ditetapkan
sebagai penghuni Neraka, sehingga ia melakukan perbuatan-perbuatan amal
penghuni Neraka, sampai ia masuk ke dalam Neraka. Seseorang adakalanya
beramal kejahatan-kejahatan sampai antara ia dengan Neraka hanya tinggal
sejengkal, tetapi dalam ketetapan Illahi, ia ditetapkan sebagai calon
penghuni Syurga, sampai ia masuk ke dalam Syurga”.
Komentar Habib
Umar: “Seseorang yang selalu mengerjakan amal-amal ahli Syurga,
kebanyakkannya akan masuk ke dalam Syurga, sebab perbuatan lahiriyah
adalah lambang perbuatan batiniyah. Jika ia sampai masuk ke dalam
neraka, maka hal itu jarang sekali. Hal itu seperti seorang yang jatuh
dari tempat yang tidak terlalu tinggi, tentunya orang itu tidak akan
berbahaya. Demikian pula seorang yang melakukan amal-amal penduduk
neraka, kebanyakannya ia akan masuk ke dalam neraka. Tetapi kalau ia
masuk ke dalam Syurga, maka hal itu jarang terjadi sekali. Hal itu
seperti seorang yang jatuh dari puncak gunung, kebanyakannya akan mati”.
Habib
Umar berkata: “Seorang yang melakukan amal kebajikan tetapi ia suka
makan yang diharamkan, maka ia seperti seorang yang mengambil air dengan
tempayan yang datar, alias tidak akan memperoleh pahala sedikitpun”.
Habib
Umar berkata: “Dulu di antara manusia, ada yang datang membawa
pelitanya lengkap dengan minyak dan koreknya yakni dengan persiapan yang
lengkap, sehingga gurunya dapat menyalakan. Tetapi kini, banyak di
antara yang datang kepada gurunya tetapi mereka tidak membawa apapun
gurunya dapat menyalakan”.
Habib Umar berkata: “Bersabar itu
akibatnya adalah positif. Allah akan selalu memberi akibat positif bagi
seorang yang bersabar. Alhamdulillah apa yang dikehendaki Allah pasti
akan ditentukan, dan apa yang akan dilaksanakan Allah, maka akan
terlaksana”.
Habib Umar berkata pada sekelompok kaum petani:
“Apakah kaum petani akan tidur nyenyak di malam hari, bila di malam hari
ada pembagian air untuk sawah-sawah mereka yang dapat mengairi
sawah-sawah mereka?” Jawab mereka: “Tidak seorangpun akan tidur di
antara kami.” Kata Habib Umar: “Hendaknya orang-orang yang menghendaki
keselamatan di akhirat meninggalkan tidurnya, demi untuk mendapatkan
siraman rahmat di tengah malam hari”.
Ketika dibacakan bait puisi Syeikh Abdul Hadi Assudi:
“Siapa yang mencinta Suad, hendaknya selalu tidak tidur di malam hari”.
Habib
Umar memberi komentarnya: “Siapa mencintai Huraidzah, maka ia tidak
tidur di malam hari, artinya siapa yang mencintai seorang, maka ia harus
mengikuti perjalanannya, sebab mengikuti perilaku seseorang sebagai
tanda cinta kepadanya”.
Habib Umar berkata: “Hendaknya kalian
senantiasa menghadirkan hati kalian kepada Allah dan hendaknya kalian
senantiasa menghadirkan hati kalian kepada Allah dan hendaknya kalian
bertawakal kepada-Nya sepenuh hati, sebab Allah mengetahui di manapun
kalian berada.”
Habib Umar berkata: “Syaitan dapat menggoda manusia dari sisi manapun yang tak pernah ia perkirakan”.
Habib Umar berkata: “Buah kurma atau buah ketimun dari sumber yang halal lebih baik dari bubur daging dari sumber syubhat”.
Habib
Umar berkata: “Janganlah terlalu perduli kepada dunia dan penghuninya
dan janganlah merasa iri pula dengan pakaian atau makanan yang dimiliki
oleh penghuninya”.
Pada suatu hari, ketika banyak orang yang
mengucapkan kata belasungkawa kepada Habib Umar atas wafatnya putranya
beliau yang masih kecil, maka beliau berkata dengan ungkapan yang
dipenuhi rasa hairan: “Alangkah entengnya musibah dalam agama menurut
kalian, padahal kalian tidak pernah menyatakan belasungkawa andaikata
aku terlambat solat berjamaah artinya terlambat solat berjamaah lebih
pantas untuk disesali atas kewafatan seseorang anak kecil”.
Ketika
beliau mendengar kekaguman sebagian orang yang menyaksikan kekeramatan
seseorang wali, maka beliau berkata: “Sesungguhnya semua itu hanyalah
kemurahan Allah yang memberikan kepada seorang hamba”.
Ketika
disebutkan kepada beliau: “Mengapa dialek bahasamu tidak berubah,
padahal engkau telah lama tinggal di bagian atas Hadramaut?” Jawab Habib
Umar: “Seorang yang merubah dialek bahasanya adalah seorang yang kurang
akalnya”.
Habib Umar berkata: “Desa Huraidzah adalah wilayah
kehormatan kami, adapun wilayah kehormatan Syeikh Abdul Qadir Djaelani
ada di masa sebelum kami, barangsiapa yang melakukan perbuatan yang
lahiriyahnya maka akan kami lakukan baginya perbuatan lahiriyah pula,
demikian pula barangsiapa yang melakukan perbuatan batiniyah, maka
kamipun akan melakukan hal serupa baginya”.
Ketika ada seorang
berkata kepada Habib Umar: “Wahai Habib Umar, kelak kami ingin dikubur
bersebelahan dan berdekatan denganmu”. kata Habib Umar: “Kami harap akan
memberi syafaat bagi seluruh penduduk Huraidzah atau penduduk dunia”.
Ketika
ada sebagian orang berkata si fulan lebih baik dari si fulan, maka
Habib Umar berkata: “Yang dikatakan orang baik adalah seorang yang telah
melewati pintu Syurga sampai masuk ke dalamnya”.
Habib Umar
berkata: “Aku beserta putra-putraku di mana saja mereka berada”.
Ditanyakan kepada beliau: “Wahai Habib Umar, bagaimana mungkin engkau
dan putra-putramu berada di tempat ini yang jauh dari kota-kota yang
besar dan yang terkenal dengan wali-wali seperti kota-kota Tarim?” Jawab
Habib Umar: “Harumnya suatu tempat tergantung keharuman penduduknya,
demikian pula kami akan mengharumi negeri kami sendiri”.
Habib
Umar berkata: “Kezaliman kaum penguasa terhadap rakyatnya akan menambah
kebajikan bagi rakyat negeri itu, baik di dalam masalah dunia maupun
akhirat, yang sedemikian itu sama halnya dengan sebuah sumur, makin
banyak diambil airnya maka sumur itu makin banyak memancarkan air,
sebaliknya jika sumur itu tidak diambil airnya, maka tidak akan
bertambah airnya sedikitpun, mungkin arnya akan menjadi busuk, karena
air di dalamnya tidak pernah bergerak”.
Ketika ada seorang
dermawan yang mengeluh kepada Habib Umar bahawa ia tidak bisa
mengerjakan solat di awal waktunya, dikarenakan ia tidak mau menolak
permintaan orang yang minta bantuan daripadanya meskipun telah tiba
waktu solat, maka Habib Umar berkata: “Wahai saudaraku, bila waktu solat
telah tiba, tinggalkan semua kegiatanmu sebab Allah lebih pantas untuk
diperhatikan daripada yang lain”.
Beliau menganjurkan setiap
orang yang telah mengkhatamkan bacaan al-Quran yang ditujukan bagi
arwah-arwah orang-orang yang telah wafat, hendaknya ia membaca Tahlil
iaitu mengucapkan Laa Ilaaha Illallah seberapa banyak yang ia kehendaki,
kemudian dilanjutkan Subhaanallahi Wabihamdi beberapa banyak yang ia
kehendaki, kemudian dilanjutkan dengan membaca Laa Ilaaha Illallah
Muhammadur Rasulullah sebanyak 3 kali dengan memanjangkan bacaannya,
kemudian hendaknya ia mengucapkan solawat sebanyak 3 kali iaitu
Allahumma Solli ‘Alaa Habibika Sayyidina Muhammadin Wa Alihi Wa Shohbihi
Wasallim, kemudian hendaknya ia mengucapkan Ya Rasulullah ‘Alaika Salam
Ya Rasulullah Salamun Fi Salamin ‘Alaika sebanyak 3 kali, setelah itu
hendaknya membaca al-Fatihah sebanyak 1 kali, surat al-Ikhlas 11 kali,
surat al-Falaq sebanyak 1 kali, surat an-Naas sebanyak 1 kali, ayat
Kursi 1 kali, akhir surat al-Baqarah 1 kali dan surat al-Qadar 1 kali
dengan niat menghadiahkan pahalanya kepada arwah yang dituju”.
Pernah Habib Umar menganjurkan muridnya membaca Istighfar dan Alhamdulillah sebanyak mungkin setelah seorang membaca Maulud.
Habib
Umar menganjurkan untuk memperbanyak membaca Istighfar dan Solawat,
sebab keduanya adalah sebaik-baik zikir yang dapat menolong kesulitan di
masa kini.
Habib Abdullah bin Alawi al-Haddad berkata: “Jika
engkau mengucapkan sebanyak 11 kali tiap kali kalimat-kalimat ini,
berarti engkau telah menjalankan apa yang pernah diajarkan oleh Habib
Umar al-Attas:
Disebutkan ada seorang pengikut Habib Umar berkata
beliau: “Aku lihat orang-orang yang berada di majlis ini Wali
semuanya”. Kata Habib Umar: “Apa yang engkau katakan itu memang benar”.
Ketika orang itu keluar dari Majlis Habib Umar, maka beliau ditanya oleh
seorang yang hadir dari Majlis itu tentang maksud ucapan beliau kepada
orang tersebut. Maka Habib Umar berkata: “Sesungguhnya orang itu telah
diangkat menjadi Wali Allah, sehingga melihat orang lain menurut
cerminnya, sebab seorang mukmin menjadi cermin mukmin hainya”.
Kesaksian orang-orang mulia tentang kebesaran al-Habib Umar al-Attas
Disebutkan
ketika Habib Umar al-Attas dan sekelompok orang datang ke tempat Habib
Husin bin Syeikh Abu Bakar bin Salim, maka Habib Umar berada di jajaran
paling belakang di antara mereka dan pakaian beliau pun agak lusuh dan
buta kedua matanya. Ketika Habib Husin melihat pada diri Habib Umar,
maka beliau berkata kawan-kawan Habib Umar: “Mengapa kalian lebih
menonjolkan hal-hal yang nampak saja sampai kalian tidak mau memuliakan
orang ini pada tempat yang semestinya. Andaikata kamu tahu kedudukan
Habib Umar yang sebenarnya, pasti kalian akan tunduk kepadanya dan pasti
kalian akan lebih memuliakan kepada beliau”.
Ketika Habib
Muhammad bin Alawi bin Abu Bakar bin Ahmad bin Syeikh Abdurrahman
as-Seggaf, seorang wali yang berdomisili di kota Makkah menerima salam
dari Habib Umar lewat Syeikh Salim bin Ali Ba’ubad, maka ia menundukkan
kepalanya sejenak, kemudian ia berkata: “Hendaknya setiap orang yang
berkepala rela menundukkan kepalanya demi menghormati Habib Umar
al-Attas dan demi menghormati kebesaran Allah, sesungguhnya aku
mendengar suara gemerincing dari langit, demi untuk menghormati Habib
Umar. Beliau juga mengatakan kini tidak seorangpun di kolong langit yang
lebih mulia dari Habib Umar al-Attas.
Habib Abdullah bin Alawi
al-Haddad pernah menyatakan di sebuah suratnya yang ditunjukkan pada
seorang muridnya bahawa di zaman itu tidak seorang walipun yang setara
dengan Habib Umar al-Attas.
Disebutkan oleh salah seorang murid
Habib Abdullah al-Haddad, bahawa ketika aku berada di majlis Habib
Abdullah al-Haddad, maka tergerak hatiku untuk menanyakan kepada beliau
tentang sifat Habib Umar al-Attas. Maka secara spontan Habib Abdullah
al-Haddad berkata: “Seorang yang mengenali Habib Umar al-Attas, maka ia
akan dapati sifat Habib Umar al-Attas mirip dengan Sayyidina Abdurrahman
as-Seggaf”.
Kata al-Habib Abdullah al-Haddad: “Habib Umar
al-Attas adalah ibarat hati dan kebenaran yang dimiliki oleh seseorang
dan orang itu tidak memiliki nafsu apapun.”
Ketika Habib Abdullah
al-Haddad ditanya seseorang, apakah Habib Umar al-Attas meninggalkan
karya tulis atau bait-bait puisi?” Jawab Habib Abdullah: “Yang
ditinggalkan oleh Habib Umar adalah orang-orang seperti aku, Syeikh Ali
Baras dan Syeikh Muhammad Bamasymus”.
Ketika orang
menyebut-nyebut sifat Habib Umar al-Attas di hadapan Habib Abdullah
al-Haddad, maka beliau berkata: “Itu orang (al-Habib Umar) yang
pepohonnya ditanam atas dasar tawadhu dan lemah-lembut, sehingga
tangkai-tangkainya seperti itu juga”.
Selanjutnya Habib Isa bin Muhammad al-Habsyi menyebutkan berbagai sifat yang dimiliki oleh Habib Umar al-Attas sebagai berikut:
Habib Umar al-Attas, sejak di usia kecil, beliau sudah gemar beribadah, zuhud dan menjaga dirinya baik-baik dari sifat buruk.
Beliau sentiasa menghormati para Wali Allah, pengayom kaum Muslim, wanita-wanita janda dan anak-anak yatim.
Habib
Umar selalu menghibur mereka dengan berita-berita baik, sehingga mereka
amat meyakini dan mencintai Habib Umar sepenuh hati.
Di kalangan umum dan khusus, Habib Umar dikenal sebagai orang yang penuh kasih sayang.
Habib
Abdullah bin Alawi al-Haddad berkata: “Al-Habib Husin bin Syeikh Abu
Bakar sangat sangat bangga dikarenakan Habib Umar menuntut ilmu dari
beliau”.
Habib Ali al-Attas berkata: “Habib Umar al-Attas sangat bangga dikarenakan Habib Abdullah al-Haddad menuntut ilmu dari beliau”.
Habib
Muhammad bin Abdurrahman Madihij selalu menganjurkan murid-muridnya
untuk pergi ke kota Huraidzah bila mereka memohon ijazah ilmu dari
beliau sebab ketika itu Habib Umar al-Attas masih hidup. Menurut beliau
Habib Umar adalah tokoh semua keluarga Ba’alawi.
Murid-murid yang pernah belajar dari Habib Umar al-Attas
Di
antara murid-murid yang pernah belajar dari Habib Umar adalah:
Putra-putra beliau, di antaranya adalah Habib Husin, Habib Salim, Habib
Abdurahman, saudara-saudara beliau Habib Aqil, Habib Abdullah al-Haddad,
Habib Isa bin Muhammad al-Habsyi, Habib Ahmad bin Hasyim al-Habsyi,
Habib Abdullah bin Ahmad Balfaqih, Habib Muhammad bin Abdurrahman
Madihij, Sayis Ali bin Umar bin Husein bin Ali bin Syeikh Abu Bakar,
Syeikh Ali Baras, Syeikh Muhammad Bamasymus, Syeikh Muhammad bin Umar
Alamudi yang dikenal dengan jolokan Ghozali di Budzah, Syeikh Abdullah
bin Usman Alamudi, Syeikh Abdullah bin Ahmad Ba’afif Alamudi, Syeikh
Aqil bin Amir bin Daghmusy, Syeikh Sahal bin Syeikh Ahmad bin Sahal
Ishaq, Syeikh Abdul Kabir bin Abdurrahman Baqis, Syeikh Muhammad bin
Abdul Kabir Baqis, Syeikh Alfaqih Ahmad bin Abdullah bin Syeikh Umar
Syarahil Syeikh Umar bin Salim Badzib, Syeikh bin Salim Baubad, Habib
Husein bin Syeikh Ali bin muhammad al-Aidrus, Habib Ahmad bin Umar
al-Hinduan, Habib Zein bin Imron Ba’alawi, Syeikh Abbas bin Abdillah
Bahafash, Syeikh Umar bin Ahmad al-Hilabi, Abu Said, Habib Abdullah bin
Muhammad bin Basurah, Syeikh Muzahim bin Ali Bajabir, Syeikh Ali bin
Sholeh, Qouzan Zahir, Al-Faqih Abdurrahim Bakatir, Syeikh Salim bin
Abdurrahman Junaid Bawazir, Syeikh Abu Bakar bin Abdurrahman bin Abdul
Ma’bud Wazir, Muhammad bin Umar Bawazir, Syeikh Abdullah bin Sad Bamika
Syibami, Syeikh Ahmad bin Muhammad Bajamal, Syeikh Ali bin Toha
as-Seggaf, Syeikh Umar bin Ali az-Zubaidi Al-Faqih Abdullah bin Umar
Ba’ubad, Syeikh Ali bin Ahmad bin Wurud Bawazir, Habib Aqil bin Syeikh
as-Seggaf, Habib Syeikh bin Abdurrahman al-Habsyi, Syeikh Ali bin
Haulan, Syeikh Ali bin Kosim al-Udzri, Syeikh Mahmud Jummal an-Najar
yang pernah bertemu dengan Hidzir tetapi tidak meminta do’a karena
merasa cukup dengan do’a gurunya iaitu Habib Umar.
Habib Umar bin
Abdurrahman Albar pernah berkata kepada Habib Ali bin Hasan al-Attas:
“Wahai Ali, sesungguhnya seluruh penduduk Hadhramaut pernah berhubungan
dengan kakekmu al-Habib Umar bin Abdurrahman al-Attas. Di antara mereka
ada yang berhubungan dengan beliau dari satu jalur, ada yang berhubungan
dengan beliau dari dua jalur, bahkan ada yang berhubungan dengan beliau
dari tiga jalur”.